Friday 21 December 2012

itu cuma ALASAN!!

Actually,dah banyak kali nak update blog ni,cuba buat story,travelog..tapi cam tak jadi so straight to the point lah ye.

Lately,banyaklah dengar cerita sahabat-sahabat yang semakin kurang bersemangat untuk belajar dan mujahadah tambah-tambah mereka bakal menghadapi final exam tak lama lagi. Pressure la kot.

Sahabat,

Tajdid niatmu.koreksi dirimu. Apakah niat sebenar kamu berada disana. Jawab pertama yang terlintas itu menggambarkan situasi kamu. Jika kamu berada disana kerana Allah, maka apa yang membuktikan hal itu? Dengan bermalas-malas? Dengan memonteng kelas? Dengan berlebihan tidur. Jika jawapan kamu adalah 'tak tahu' bermakna kamu tiada matlamat,maka tidak punya maknalah hidupmu. Jika jawapanmu adalah selain kerana Allah dan 'tak tahu',koreksi dirimu dalam-dalam dan muhasabah dirimu

Sahabat,

Di luar sana beribu-ribu manusia yang tidak memperoleh peluang yang kamu peroleh maka bersyukurlah. Bagaimana bersyukur? Gunakannya kearah memperoleh redha Allah,tiada yang lebih bermakna dalam menjadi makhluk Allah yang kerdil dan hina melainkan memperoleh redhaNya. Maka wajarkan kamu bermalas-malas dan mengeluh? Jawab sendiri.

Sahabat,

Mungkin ini bukanlah sesuatu yang kamu inginkan tetapi yakinlah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu. Jalani hari-hari sukarmu itu dengan penuh redha dan sabar. Orang yang bahagia adalah orang yang redha dengan ketentuan Allah dan jalaninya dengan penuh syukur. Bukankah itu lebih baik bagimu?

Sahabat,

Sometime it is better and good to find positive side instead of keep looking at negative side. Carilah positivenya kedudukanmu sekarang agar kamu tidak sentiasa gelisah memikirkan keburukan kedudukanmu. Contohnya..

Instead of 'kenapa aku dapat course yang susah dan payah ini?'

better 'pasti ada baiknya Allah letak aku disini'

Sahabat,

Paling penting,jangan sesekali membelakangkan Allah dalam setiap tingkah laku dan tutur kata. Utamakan Allah. Carilah wasilah-wasilah untuk kamu sentiasa istiqamah dalam mengingati Allah dan bermujahadah such as usrah,daurah,majlis ilmu,tazkirah maghrib,qasidah,lagu-lagu yang mengingatkanmu kepada Allah berbanding lagu-lagu korea,english,melayu pop,rock jazz,hiphop,dangdut dan sebagainya yang membuatkan kamu makin jauh daripada Sang Pencipta.

Sahabat,

Mungkin kamu akan berkata 'kau tak ada ditempat aku!!' Itu cuma alasan. Jujur dari hatiku,itu cuma alasan!!! Teruslah berikan alasan tidak munasabah itu sehingga kau puas dan berjaya *berjaya ke??

Sahabat,
Hargai peluang yang sukar kamu dapati ini.sedang aku sangat-sangat menginginkannya dan masih menanti.

Salam sayang dan cinta,

sahabatmu=)