Monday 24 March 2014

Wednesday 8 January 2014

IKB : Lakonkan Keadaan Nazak = ='




Bismillah

Hari ini disurau,usrah umum di 'lead' oleh adik asasi. Kami disuruh menulis nama pada sehelai kertas putih dan kembalikan semula kepada adik tersebut. Rupanya,dia akan mencabut nama secara random dan orang yang bertuah itu akan disuruh berlakon lakonan yang akan mereka berikan.

Semua ahli usrah terkejut dan nervous.

Nama pertama yang dipanggil,nama seorang adik yg saya sayangi kerana Allah. Allahu akhbar..saya sedia mengetahui bahawa dia tidak beberapa sihat,di uji pula dengan namanya yg 'bertuah' pada waktu itu.

Apabila mendapat tugasan tersebut,diminta kakak disebelah mambantunya. Melihat tugas yang tertulis di atas kertas kuning itu,akak tersebut berkata "susahnyaa". Ahli usrah yang lain tak dibenarkan untuk melihat tugasan tersebut sebab kami perlu meneka. Kakak tersebut tidak mampu untuk turut berlakon. Lalu,adik itu memandang saya.

Berlakon adalah perkara yang paling saya akan elakkan.

Untuk membantu adik itu yang tidak beberapa sihat,saya mengangguk.

Saya pergi kepada dia dan melihat tulis diatas kertas kuning tersebut.

Tidak tahu mengapa. Ketawa yang keluar dari mulut saya.

Tetapi hati...hanya Allah yang tahu.

"Lakonkan keadaan nazak
(Dalam keadaan baik)"

Tertelan air liur dibuatnya.

Demi menambah kekuatan,kami mengajak seorang adik asasi yang hebat untuk turut berlakon.

Saya mendapat posisi sebagai si nazak.

Dipembaringan itu,hanya Allah yang tahu rasa hati. Berdebar.

Mereka menyuruh saya mengucap (*scene lakonan)

Allah.
Andai itu bukan lakonan
Adakah aku sudah bersedia mempersembahkan amalan ku kepada-Mu.

Masa kita akan tiba,
Itu pasti. Benar benar pasti.
Persoalannya bukan bila kematian itu,
Tetapi adakah tika malaikat maut datang menjemput menghadap Kekasih Agung,
aku sudah besedia?

08012013
Seorang Hamba.

'Katakanlah "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu
tetaplah ia akan menemui kamu; 
kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib 
dan yang nyata,lalu Ia memberitahu kepada kamu apa 
yang telah kamu lakukan (serta membalasnya)". 
- Al-Jumuah;ayat 8 -

'Dan, Allah tidak sesekali akan melambatkan kematian seseorang
apabila sampai ajalnya; dan Allah Amat Mendalam 
PengetahuanNya mengenai sesuatu yang kamu kerjakan'
- Al-Munafiqun; ayat 11-

Saturday 4 January 2014

Ada Hati Tak??

Bismillah.

Alhamdulillah.

Waktu maghrib semalam sempat ke surau,mendengar tazkirah walaupun hari ini ada exam 'killer' paper tapi insha Allah merasakan Allah nak bagi sesuatu di surau jadi saya ke surau semalam.

Tazkirah di sampaikan oleh seorang ukhti yang hebat lillah.Tajuknya HATI

Dan ayat dia yang terkesan + tersentap dihati saya adalah;

"Nak tahu tak,kenapa kita tak boleh jadikan short term memory kepada long term memory? Sebab hati kita. Bila hati kita ada masalah,kita susah nak ingat apa yang kita belajar."
"Dan bagaimana nak tahu hati bermasalah adalah
-Liat nak tinggalkan maksiat
-Liat nak buat kebaikan
-Susah nak bangun qiamualail (*paling sentap)
-Susah nak puasa sunat "

Serius saya sentap dengan ayat-ayat dia. Insha Allah,ini yang Allah nak saya ambil dari surau semalam. Untuk perbaiki hati, banyakkan muhasabah dan istighfar (mohon keampunan Allah)

Dan bertambah sentap apabila saya teringat yang saya sedang prepare tafsir An-Nas untuk usrah Rijal Ababil.

Nak tahu kandungan surah An-Nas. Insha Allah. Next Post. Wallahu'alam.