Thursday 11 April 2013

Cinta Hati Kita

fuhh..!! fuhh..!! (meniup) uhuk..uhuk.. Masya Allah,berhabuk dah blog usang ni.. Aseef  jiddan (minta maaf banyak-banyak) sudah lama tidak update dek kerana kesibukan yang melampau *alasan = = '

In sha Allah..hari ini saya ingin berkongsi tentang seorang makhluk Allah yang terindah dan tercinta. Subhanallah.

Ketika akhir nyawanya,nama kita disebut dan ketika dia bangun pada di akhirat kelak,nama kita juga yang pertama disebutnya..

Betapa dia sangat mencintai kita sehingga meminta semua kesakitan ketika sakaratul maut itu ditimpakan keatasnya. Indah kecintaan dia kepada kita.

Malah,dia merindui kita walaupun dia tidak pernah bertemu dengan kita,umatnya diakhir zaman yang melaksanakan sunnahnya. Bersinar rindunya pada kita.

Susuknya sederhana,tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah jugak tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk.

Wajahnya lebih indah dari cahaya bulan purnama. Subhanallah. jugak sentiasa terpalit senyum manis ketika bertemu sahabat-sahabatnya.

kata seorang syeikh,

    "Jangan hanya diminta syurga,minta juga agar Allah memesukkan kita kesyurga bersama Rasulullah SAW, apalah nilai berada disyurga jika tidak bersama baginda."


Mari kita muhasabah,
Baginda sangat mencintai kita,sepenuh hatinya,jika tidak masakan kita yang pertama dicarinya ketika di akhirat kelak.

Tetapi kita? Adakah baginda yang kita cintai sepenuh hati kita?

Mari kita sematkan di dalam hati kecintaan yang tinggi kepada banginda dengan mempelajari salasilah dan syamail banginda serta yang lebih penting,mengamalkan sunnah baginda ^_^



11042013
1748
Nadirah