Saturday 16 February 2013

Sabar

"Assalamualaikum Liya,awak tahukan tentang plan untuk pergi picnic di Pulau Tioman?", suara di hujung telefon sangat dikenali. Alina, sahabat sekelas dan seasramanya ketika di sekolah dahulu.

"Waalaikummussalam Lina. Oh,picnic bersama Ustazah Mariah ye? Yang awak post di group di Facebook ye?," Aliya menjawab dengan bertanya kembali kepada Alina

"Ye.ye. Saya nak minta bantuan awak untuk uruskan beberapa hal untuk program ini,boleh."

"In sha Allah,saya akan tolong setakat yang mampu ye."

"Awak tolong confirmkan dengan sahabat-sahabat,berapa orang yang nak ikut. Saya nak beli barang untuk bbq,sebab itulah nak jumlah sahabat yang confirm nak join."

"Saya rasa ramai sahabat yang nak join apabila melihat respon mereka pada post awak itu. In sha Allah,saya akan beritahu jumlahnya kepada awak pada hari ahad,ok?"

"Alhamdulillah. Jazakillah khair kathiran Aliya. Assalamualaikum."

"Waiyyaki, Waalaikummussalam," Aliya mengakhiri perbualan.

Pada mulanya Aliya berasa serba salah sama ada untuk terlibat dengan program percutian ke Pulau Tioman kerana dia mempunyai banyak hal untuk diselesaikan. Tetapi apabila memikirkan program ini adalah bersama Ustazah Mariah,maka dia mengambil keputusan untuk ikut serta. Mengapa kerana Ustazah Mariah?

Beberapa minggu lepas, Aliya bersama sahabat baiknya,Syahirah pergi melawat Ustazah Mariah,warden asrama mereka ketika di SMK Sungai Yang. Mereka agak akrab dengan Ustazah Mariah memandangkan Ustazah Mariah menjadi warden mereka sejak mereka di Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 5. Ketika itu Ustazah Mariah meluahkan sedikit rasa hatinya atas sikap segelintir manusia dalam usaha dakwah di sekolah tersebut. Mereka dapat merasakan cabaran yang dihadapi Ustazah Mariah pada waktu sekarang adalah lebih hebat berbanding pada waktu mereka berada di sekolah dahulu.

Kerana itu Aliya mengambil keputusan untuk ikut serta dengan harapan program percutian ini dapat membantu Ustazah Mariah untuk mengurangkan sedikit stress beliau.

------------------------------------------------------------------------------------------
Ustazah Mariah : Assalamualaikum Aliya.

Aliya : Waalaikummussalam Ustazah.

Ustazah Mariah : Alina ajak pergi picnic.

Aliya : Saya tahu. In sha Allah saya pergi.

Ustazah Mariah : Ramai ke yang pergi?

Aliya : In sha Allah,ramai juga.

Ustazah Mariah : bestnyee

Ustazah Mariah sangat gembira untuk bercuti bersama anak-anak murid kesayangannya. Sudah lama dia tidak bertemu mereka. Ustazah Mariah berharap program ini akan menjadi,dapatlah dia kurangkan stressnya menghadapi pelbagai kerenah manusia

Pada petang ahad.

Daripada maklumat di group tersebut, Hidayah seperti confirm pergi.
-----------------------------------------------------------------------------------

Aliya : Assalamualaikum Salmi. Awak join kan picnic tu?

Salmi : In sha Allah,if tidak ada halangan saya join. Awak join?

Aliya : In sha Allah,saya join.

------------------------------------------------------------------------------------

Aliya : Assalamualaikum Farihah. Awak join kan picnic dgn ustazah nanti?

Farihah : In sha Allah. Saya tak confirm lagi.


------------------------------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum Alina. Yang confirm join, saya,awak,Safina,Mahirah,n Hidayah."

"Waalaikummussalam Aliya. Alhamdulillah,muslimin 5 orang. Ok lah tu. Petang esok saya pergi beli barang untuk bbq. Eh, Farihah tak join ke?"

"Farihah kata dia tidak confirm lagi,hari isnin dia akan beritahu."

"Ok. Jazakillah khair Aliya. Jumpa hari selasa nanti ya."

"Waiyyaki. Ok! Waalaikummussalam."

Aliya sangat gembira dan berasa teruja untuk pergi bercuti bersama sahabat-sahabatnya dan Ustazah Mariah. Sudah lama jugak dia tidak bercuti ke pantai memandangkan keadaan yang tidak mengizinkan. Inilah peluang dia untuk menikmati keindahan pantai ciptaan Allah.

Alina pula telah membeli barang-barang untuk mereka ber'bbq'. Dia juga sangat gembira untuk bercuti bersama sahabat-sahabatnya.

----------------------------------------------------------------------------------------

Aliya ingin kepastian semula dari sahabat-sahabatnya.

Aliya : Assalamualaikum Salmi

Salmi : Waalaikummussalam Aliya

Aliya : Awak pergi picnic tu kan?

Salmi : Erm..tak rasanya.. Awak pergi?

Aliya : In sha Allah,saya pergi.

-----------------------------------------------------------------------------------------

Aliya : Assalamualaikum Farihah.

Farihah : Waalaikummussalam Aliya.

Aliya : Jadi bagaimana? Awak join tak picnic bersama kami?

Farihah : Tak rasanya, Family saya semua ada dirumah.

------------------------------------------------------------------------------------------


Aliya : Assalamualaikum Hidayah. Awak pergi Pulau Tioman nantikan?

Hidayah : Waalaikummussalam Aliya. Saya rasa saya tak dapat pergi. Ibu saya seperti tidak benarkan.

Aliya: Oh,yeke? Tak mengapalah. Tetapi cubalah pujuk ibu awak ye.

Hidayah : Tengoklah. Banyak hal nak di settle kan.

Alia mula berasa sedih,hanya empat orang muslimat yang akan pergi bercuti bersama Ustazah Mariah. Tetapi tidak mengapa sekurang-kurangnya masih ada muslimat yang sertai.

-------------------------------------------------------------------------------------------

"Assalamualaikum Mahirah,"

"Waalaikummussalam Aliya. Ye. " kedengaran suara Mahirah dihujung panggilan.

"Esok kita bertolak pukul 7.30 pagi ya.," Aliya berpesan kepada Mahirah memandangkan mereka akan pergi ke rumah Ustazah Mariah untuk bergerak bersama-sama menaiki kereta Ustazah Mariah ke jeti sebelum menaiki feri untuk ke Pulau Tioman.

" Aliya,saya minta maaf. Ayah saya tidak benarkan saya untuk menyertai percutian tersebut."

"Tidak mengapalah. Ok. Assalamualaikum," Aliah mengakhiri panggilan.

Dia mendail nombor telefon Safina pula.

"Assalamualaikum Safina. Esok pagi awak pergi ke rumah Ustazah menaiki apa?," Aliya terus kepada soalan yang ingin ditanya.

"Waalaikummussalam Aliya. Aliya, saya minta maaf. Saya tidak dapat sertai, family saya semua berada dirumah dan saya ada beberapa hal yang perlu diselesaikan.,"

"Oh,yeke? Tidak mengapalah," Aliya bukan tidak mahu memujuk tetapi dia sudah mula tawar hati dengan mereka.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Aliya memberitahu kepada Alina bahawa hanya mereka berdua muslimat yang bakal meyertai percutian tersebut. Alina meminta Aliya memberitahu kepada Ustazah Mariah juga. Ustazah Mariah mengatakan jika tidak ramai yang mahu pergi,batalkan sahaja percutian mereka. Aliya tahu sebenarnya Ustazah Mariah sedih kerana tidak ramai yang mahu menyertai percutian tersebut.

-------------------------------------------------------------------------------------------

Aliya : Assalamualaikum Syahirah. Guess what?

Syahirah : Waalaikummussalam Aliya. teka apa? saya tidak tahu nak teka apa.

Aliya : Percutian tersebut dibatalkan.

Syahirah : Masya Allah,kenapa?

Aliya : Ramai tak dapat join.

Syahirah : Bukankah tempoh hari ramai yang respon untuk join percutian tersebut. Saya memang tak dapat

                join

Aliya : Saya pun tak tahu lah,syirah. Saya geram. Mereka beritahu last minute. Kesian Alina dan Ustazah

           Mariah.

Syahirah : Sabar Aliya. Sabar. Ini ujian dari Allah untuk melihat tahap kesabaran awak. Sabar itu sebahagian daripada iman. Sabar melayan karenah manusia adalah suatu ujian yang agak sukar kerana manusia ada pelbagai karenah. Sabar ye sahabat. Walaupun percutian itu dibatalkan, semoga Allah nilai usaha awak untuk mengembirakan Ustazah Mariah sebagai suatu ibadah. Aamiin.

Aliya : Jazakillah khair syirah untuk nasihat awak. Saya sangat memerlukannya.

TAMAT.






-servant of Allah-

cerita ini mungkin tidak menarik. *memang tidak menarik pun. tetapi banyak lessons yang saya nak utarakan.
Maaf atas tatabahasa yang sangat teruk. may Allah reward. Alhamdulillah.