Tuesday 19 November 2013

IS #1 : Badar itu ujian berat

Bismillah

Namanya sering didengari ditelinga ini.

Kisahnya juga sering menjadi hujah & contoh.

Makamnya di bumi Yarmouk. Dia bukan seorang shuhada' di medan perang tetapi dia antara yang diberi jaminan syurga.

Jiwa dan raganya hanya untuk Allah dan Rasulullah.

Malam ini sekali lagi kisahnya aku baca dan teramat rugi andai tidak aku ceritakan...


Di Badar, kebenaran dan kepalsuan bertembung, haq dan kebatilan bakal bertempur. Susuk tubuh itu sudah bersedia mempertahankan islam tercinta walaupun fizikalnya kelihatan pihak al-Haq sukar untuk menang tetapi Allah Maha Kuasa.

Apabila pertempuran bermula, susuk ini merempuh tentera batil ibarat penggempur yang tidak takut mati. Ketika ini tentera batil sangat gerun kepadanya. Tentera berkuda sang batil pasti mengelak untuk bertembung dengannya.

Namun ada yang terlalu ingin berdepan dengannya. Dia cuba mengelak dan menjauhi. Mengapa?
Lelaki itu setiasa cuba mencari peluang untuk menyerah susuk tubuh gagah perkasa in tetapi dia tetap mengelak sehingga lelaki itu menghalang jalannya dan menghunus pedang kepadanya untuk menghalang dia menghadapi musuhnya yang lain sebelum bertempur dengan lelaki itu.

Sang pahlawan hilang sabar dan tiada pilihan. Kerana Allah dan Rasul,kepala lelaki itu terbelah dua dengan satu tetakkan sahaja.

Saat mengetahui siapa yang ditetak,aku kaku,butir air mata bergenang,hati tersentak.

Badar amat sukar bagi pahlawan ini.

Sang Pahlawan adalah Abu Ubaidah Al Jarrah

Tentera musyrikin quraisy yg ditetak adalah Abdullah bin Al-Jarrah,ayahnya

Amat sukar.Tetapi Abu Ubaidah bukanlah membunuh ayahnya,dia membunuh kebatilan dan syirik di dalam diri ayahnya.

Sungguh siapa yang tidak sayu andai yang perlu diperangi adalah ayah tercinta tetapi demi cinta tertinggi Allah dan Rasul,pemegang amanah umat Rasulullah ini sanggup.

Malah Allah berfirman tentang tindakannya dalam surah Al Mujadalah,ayat 22.

--------------------------------------------------------

Kekuatan jiwa Abu Ubaidah mesti kita miliki.bukan hanya ini sirah tentangnya malah banyak lagi,bacalah maka kita akan pelajari akhlak mulianya.

Wallahu'alam



"Setiap umat ada pemegang amanah,dan pemegang amanah umat ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah"
-Rasulullah SAW-



*Rujukan : 65 Gambaran Kehidupan Sahabat, Dr. Abdul Rahman Ra'fat Al-Basha,Pustaka Salam 

Sunday 3 November 2013

SSA #1 : ice cream

Recently,saya suka letak emoticon ice cream pada whatsapp group bersama ahlul jundullah dan juga mama murabbi. (saja-saja,tak ada niat nak minta dibelanjakan)

Tadi mama murabbi datang ke kolej saya untuk ambil kunci kereta ahlul RI nya yg ada pada saya. 

Sebelum mama murabbi datang,kami ber 'whatsapp' dan saya tinggalkan emoticon ice cream.

Then saya pergi tunggu mama murabbi ditemat berdekati pintu kolej.

Tiba-tiba mama murabbi hantar whatsapp and kata dia ada di luar pagar kolej.

Saya pergi la cari mama murabbi diluar tapi tak ada. (bayang pun tak nampak)

Cuma kelihatan kereta myvi silver and mengangak di dalam kereta itu zauj mama murabbi tapi mama murabbinya tak ada pun.

Saya pun hantar whatsapp pada mama murabbi,bertanya dia di mana

Mama murabbi dikoperasi kolej rupanya.

Saya pun bergerak ke koperasi,terserempak dengan mama murabbi ditengah jalan.

Pelik.Kelihatan mama murabbi macam tak beli apa-apa.

Tiba-tiba,mama murabbi hulurkan ice cream vanilla. 

Ok. Serius terharu.

Saya terharu mama murabbi bagi ice cream tetiba,tapi lebih terharu dengan common sense mama murabbi yang sangat tinggi even saya tak ada intention pun nak minta sesiapa belanja ice cream.

Wish to be like her.

Alhamdulillah. mama murabbi adalah hadiah dari Allah buat saya

Jazakillah khair mama murabbi for the ice cream and all sort of gift(ilmu DnT)

yg benar,

mutarabbi comel =P

02102013

*lepas ni letak emoticon ayam,nanti mama murabbi belanja KFC #gurau