Friday 30 November 2012

tidak sedia.

benar-benar tidak bersedia.
berhenti sebentar.
sebentar cuma.
akan bermula semula nanti.
tidak pasti bila.
yang pasti,pasti bermula semula.
kerana inilah logamnya.
doakan persediaan berjalan lancar.
moga Allah beri kekuatan..


Friday 23 November 2012

GAZA 3.0

Baru dua hari adik-adik saya di Gaza berlari keriangan,*rasenye tak sampai 48jam lagi.
israel sudah mencabuli gencatan senjata dengan tembakan rambang pada petani di sempadan Gaza. seorang petani telah syahid dan 8 org cedera.
Jujur,saya mengharapkan gencatan senjata ini bertahan lebih lama. Tapi,israel memang tidak boleh dipercayai kata-katanya.

Apabila Allah merindui hambaNya,Allah akan turunkan ujian buat hambaNya. Semestinya, ini adalah salah satu ujian buat muslim seluruhnya. Allah ingin hambaNya sentiasa dekat padaNya dan terus berdoa.

Jom! Teruskan berdoa.

NeverStopPrayForGaza!

Thursday 22 November 2012

We are the winner!! Specially for my brothers and sisters ^_^

Alhamdulillah! Subhanallah! Allahuakhbar! Islam sentiasa menang!

Hamas dan israel sudah mencapai gencatan senjata dan ini bermakna Gaza sudah bebas. Dr Mursi, President Mesir sebagai penjamin. Ini menunjukkan kemenangan besar bagi seluruh manusia yang mendoakan Gaza terutama Muslim.

Di antara isi kandungan genjatan senjata antara Israel dan Hamas:

1. Israel perlu menghentikan segala bentuk serangan ke atas Gaza samada dari darat, laut dan udara . Ini termasuk pencerobohan sempadan dan mensasarkan serangan ke atas individu tertentu.

2. Pihak Hamas perlu menghentikan serangan roket ke atas Israel dan juga serangan di sempadan.

3. Selepas 24 jam tempoh genjatan senjata berjalan, pihak Israel harus membuka semua pintu sempadan dan membenarkan pergerakan penduduk Gaza dan barang keperluan keluar dan masuk Gaza.

Menteri Hamas , Khaled Mesy'al mengulas mengenai genjatan senjata ini dengan berkata, israel telah gagal dalam mencapai segala tujuan dan sasaran mereka dan mereka terpaksa tunduk kepada tuntutan genjatan senjata ini.

*Genjatan senjata ini dijamin oleh Presiden Mesir, Dr Mursi

Sumber:
Al-Jazeera.


Gaza sudah bebas! My brothers and sisters are free. I wish ti meet them. If not here, In shaa Allah in jannah



-MUSLIM tegar-



Dah menang x bermakna xpayah boikot mekdi. terus kan jihad boikot n mne taw 1 day mekdi xsupport israel dah. *angan-angan

Tuesday 20 November 2012

GAZA 2.0

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Memandangkan saya kini adalah fulltime daie a.k.a penganggur terhormat dan agak sukar untuk keluar berusrah dan berdakwah diluar. Maka saya berdakwah di hujung jari a.k.a internet kerana ini sahaja medium yang mampu saya gunakan buat masa ini untuk berhubung dengan manusia diluar sana.

Sebenarnya bukanlah itu yang saya nak ceritakan.

Sebentar tadi,facebook dibuka,mouse di skoll,ternampak seorang sahabat share video ttg Gaza. Mula-mula macam malas nak tengok tapi selepas membaca ulasannya. Jari didetik oleh Allah untuk mainkan video itu.
Pipi terasa basah. MasyaAllah. Kasihan mereka. Tak dapat saya bayangkan jika saya hadapi keadaan seperti mereka. Macam-macam yang terlintas difikiran saat menonton video itu. Walaupun dalam keadaan susah,mereka saling membantu. Sya perlu islahkan diri saya dan ajak orang lain kerana saat ini saudara di Gaza bertarung nyawa membela tanah suci Islam maka saya juga mesti berjuang! Mari koreksi diri,buang jahiliyah. Bangunkan Islam! Allahuakbar!






Monday 19 November 2012

Syurga!


‘Sesungguhnya penghuni syurga pada hari
itu bersenang-senang dalam kesibukan(mereka).
Mereka dan pasangan –pasangannya berada
dalam tempat teduh, bersandar di atas dipan-dipan.
Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan
dan memperoleh apa saja yang mereka inginkan.’
(Yasin:55-57)

Subhanallah. Indahnya  syurga. Penguhuni syurga itu sibuk dengan kesenangan. Allah Maha Penyayang,Allah ganjari hambanya yang beriman dan bertakwa dengan ganjaran yang sangat indah^_^ tapi bagaimana nak jadi ahli syurga?

‘Dan orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, sungguh , mereka akan Kami tempat di tempat-tempat yang tinggi (di dalam syurga), yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal didalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang melakukan kebajikan, (yaitu) orang-orang yang bersabar dan bertakwa kepada Tuhannya.’
Al-‘Ankabut:58&59

Allah akan tempatkan orang-orang beriman dan mengerjakan kebajikan di dalam syurga yang indah itu. Antara ciri orang beriman yang dinyatakan dalam Al-Quran adalah orang yang bersabar. Terdapat juga ciri yang lain
‘Mereka yang beriman kepada benda ghaib,
melaksanakan solat dan menginfakkan
sebahagian rezekiyang Kami
berikan kepada mereka,’
Al-Baqarah :3

Beriman kepada perkara ghaib seperti syurga,nereka,pahala dan dosa,menunaikan solat,bersedekah juga antara ciri orang beriman. Kenapa susah sangat ciri-ciri orang beriman ini? Haruslah susah, syurga itu indah maka kesusahan melakukan ketaatan kepada Allah adalah bayaran kepada syurga yang indah itu. Tetapi jangan risau,kesusahan itu tidak akan jadi kesusahan apabila kemanisan iman sudah dirasai. Nak jadi penghuni syurga tak? Jom improve iman!! ^_^

Thursday 15 November 2012

GAZA 1.0


Zionis telah melancarkan serangan besar-besaran terhadap gaza pada pagi 1 Muharram. Innalillahi wainnalillahi rajiun. Setakat waktu saye update blog ini,sudah 11 orang penduduk gaza syahid. Mereka gugur syahid,kita?? shame on ourself ==' Bagi kita yang tak mampu untuk menolong mereka dengan mengangkat senjata,kita mesti tolong mereka dalam hal lain. Lancarkan boikot terhadap product yg bekerjasama dengan zionis seperti McDonald,Coca-Cola dan Starbuck. Yang paling penting adalah doa. Doa adalah senjata Muslim. Mari doakan mereka  Bacakan doa qunut nazilah selepas solat.






Tuesday 13 November 2012

happy birthday cik MUSLIM tegar!!

hari ini cukuplah 19 tahun saya hidup di dunia...lama tu....actually sambut hari lahir nie bukan la semuanya happy. Banyak hal yang perlu dimuhasabahkan. Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang untuk bernafas sehingga minit dan saat ini. Umur adalah nikmat Allah yang tak ternilai. Dalam sedar tak sedar,banyak lagi 'responsible' yang saya perlu selesaikan. Maikin banyak umur,makin banyak tanggungjawab terhadap diri,keluarga dan ummah. Semakin banyak umur semakin dengan saya dengan kematian,semakin kurang waktu untuk saya bertaubat dan beribadah. Peluh besar ==' .But whatever it is,life must go on. Selagi Allah bagi saya peluang hidup,saya perlu manfaatkan sebaiknya sebagai bekalan saya ke negeri Akhirat. Do more dakwah . Do more tarbiyyah. Aman tanpa perang. ^_^V

Monday 12 November 2012

Jurnal Palestin Aku (part 1)


“Atiq,anda bersedia.Ini kali pertama anda ke sana,”aku ditanya dengan soalan yang tiada jawapannya pada aku.

“Aku tidak punya pilihan. Ini takdir Allah untuk aku. Lagipun inilah peluang untuk menggapai syahid dijalan-Nya,”aku menjawab tanpa ragu.

“Anda sangat yakin. Bagaimana dengan keluarga anda?,”dia bertanyakan soalan yang membuat aku terbayang wajah abi,ummi,zaujahku dan anak-anakku.

“Izin mereka sudahku pinta. Mereka tidak membantah. Tambahan ini adalah kewajipanku yang lebih besar,” balas aku ringkas.

“Semoga Allah merahmatimu,wahai mujahid,”katanya yang kagum dengan semangatku.
Aku dilamar oleh seorang sahabatku untuk menjadi aktivis dibahagian perubatan disana.Aku yang kebetulan pernah menyertai askar wataniah sangat di alu-alukan untuk menyertai mereka.Ibarat orang mengantuk disorong bantal,aku menerima tanpa kompromi tetapi dia menyuruh aku berbincaang dahulu dengan abi,ummi dan zaujahku.

Ini kali pertama aku akan  menapak di bumi anbiya’ itu,bumi yang menjadi saksi mikraj,bumi dimana terdapatnya kiblat pertama umat Islam.Aku sangat teruja untuk melangkah ke sana,membantu saudaraku disana dan syahid disana,dengan izin Allah. Sebelum berangkat ke Palestin, kami diberi latihan ketenteraan selama 6 bulan untuk menghadapi pelbagai kemungkinan.

Aku membuat persiapan yang sangat rapi agar tidak ada perkara penting yang tertinggal terutama mushaf kesayanganku dan jurnalku ini supaya aku dapat catatkan detik-detik aku disana agar menjadi pengajaran buat kalian.

Sebelum semua aktivis  yang berjumlah 30 orang termasuk aku melangkah ke dalam kapal  yang kami berikan nama ‘kapal Ansorullah’,kami solat sunat hajat bersama-sama agar Allah permudahkan perjalanan kami. Saat doa dibacakan oleh Asri yang mengimamkan solat hajat kami,terasa air mtaku menyentuh pipi.

“Ya Allah,redhailah kami,redhaikan kedua ibu bapa kami dan redhailah perjalanan kami. Engkau yang paling memahami isi hati kami saat ini,maka berilah kami ketenangan untuk tempuh jalan menuju redha-mu ini. Semoga ini menjadi saham kami dihadapan-Mu kelak,”kedengaran suara Asri teresak-esak. Inilah antara doanya yang membuat hatiku bergetar.

Aktivis-aktivis yang terdiri dari pakar daripada pelbagai bidang seperti pakar pergigian,pakar psikologi,arkitek dan jurutera awam bersama-sama melangkah masuk ke dalam kapal Ansorullah. Matlamat kami cuma satu,berjuang demi Islam.

Ketika di atas kapal,kami masih melakukan persediaan.Semestinya persediaan strategi dan iman. Walaupun strategi awal sudah kami rancang untuk hadapi sebarang serangan daripada zionis tetapi kami masih perlu melakukan persediaan akhir.

Solat fardhu berjemaah dan tazkirah selepas solat adalah hal yang kami utamakan ketika berada di dalam kapal agar semangat kami terus membara. Ada juga teman-teman seperjuangan yang hilang semangat untuk berjuang dek terinagt keluarga yang ditinggalkan tetapi mereka tidak dibiarkan, aktivis yang lain memberikan mereka kata-kata semangat.

Seorang pakar psikologi,Syed Ammar, berkata, “Bukan mudah untuk terpilih menjadi tapisan terakhir mengikut tapisan Allah,malah ramai lagi muslim yang sedang menunggu peluang menjadi tapisan terakhir. Ketahuilah bahawa kita masih belum tapisan terakhir, disana nanti kita akan tahu siapa tapisan terakhir yang paling berkualiti antara kita.”

Mendengar kata-katanya membuatkan aku semakin bersemangat untuk menjadi tapisan terakhir mengikut tapisan Allah. Ketua aktivis,Ustaz anuar meminta aku untuk berika kata-kata semangat pada sahabat seperjuangan.Pada mulanya aku menolak atas alasan aku tidak layak,tetapi selepas di pujuk,aku bersetuju.

Bergetar hatiku saat ingin mula berkata-kata, “Andai kita syahid di jalan-Nya semestinya itulah yang terindah.Ketahuilah bahawa ibu,ayah,zaujah dan anak-anak pasti berbangga saat mengetahui kita syahid dijalan-Nya,andai tidak di dunia pastinya di akhirat kelak mak berbahagialah wahai para mujahid. Takbir!,”
“ALLAHUAKBAR!,”semua yang sedang mendengar ucapanku menyambut launganku dengan penuh semangat.
Kelihatan semua aktivis kembali bersemangat.





-MUSLIM tegar-



cerpen ni ingatan saya buat saudara di palestin.Masih ada sambungannya. May Allah ease^_^

Sunday 11 November 2012

Rasa.

Bismillahirrahmanirrahim

Saya tak tahu kenapa tiba-tiba rasa ini menerjah. Rasa tidak layak untuk menyampaikan sedang diri sendiri masih merangkak. Masih mencari diri,masih jauh kebelakang dalam jalan ini. hmm... 

Saturday 10 November 2012

Jangan Tinggalkan Aku (Part 2 a.k.a final part)


Matanya tertumpu pada skrin LCD di hadapan. Gelak ketawa teman-teman sekuliah yang sedang menonton video dipaparkan oleh pensyarah seakan tidak kedengaran. Lamunan Tina tertumpu pada peristiwa pagi tadi. 

Dia terjaga daripada tidur dek terdengar suara pelajar perempuan yang bergerak untuk ke kuliah. Jam di tangan menunjukkan pukul 7. Amira tidak kelihatan di dalam bilik. Biasanya,Amira akan mengejutkan dia daripada tidur untuk solat subuh tetapi hari ini tidak.Malah,biasanya Amira akan ke kelas pada pukul 7.30 tetapi hari ini apabila dia ingin keluar ke bilik air, sandal Amira sudah tidak kelihatan.Adakah Amira terasa hati dengan kata-kata dia pada malam itu.Rasa bersalah menerjah ke dalam mindanya. 

'Ah! Siapa suruh dia cari pasal dengan aku.Memang patutlah aku marah dia,' monolog Tina sendirian.Ego. 

Sebaik sahaja selesai makan tengahari bersama Balqis di cafeteria,Tina pulang ke biliknya. Pintu bilik tidak berkunci, Tina melangkah masuk. Susuk tubuh yang sedang berdiri mengadap kiblat diamati. Sekali lagi Amira seakan-akan merajuk dengannya. Kebiasaannya Amira akan menunggu dia di bilik untuk solat bersama tetapi kali ini tidak.

'Biarlah. Bagus pun. Tak ada lagi suara yang asyik ajak aku sembahyang berjemaah,' monolog Tina dalam hati.

Ego ditebalkan.Namun  sebenarnya dia berasa bersalah dengan tindakkannya memarahi Amira. Amira tidak pernah memaksa,hanya mengajak. Amira juga tidak pernah marah andai dia menolak ajakkan Amira.
Usai berdoa selepas solat Zohor,Amira melipat sejadahnya dan disangkut pada penyandar kerusi di meja belajarnya. Walaupun dia sedar Tina berada didalam bilik tetapi dia tidak menyapa Tina seperti biasa. Beg yang berisi buku untuk kuliah sesi petang dicapai dan dia terus keluar menuju ke kuliah.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------


Sampah di dalam tong sampah melimpah.Lantai bilik terasa berhabuk dan berpasir. Biasanya Amira yang membersihkan tong sampah  dan menyapu lantai bilik mereka. Tina mula merasakan Amira benar-benar merajuk dengannya.Kesunyian menerpa.Biasanya pada malam hujung minggu pasti Amira bercerita kisah nabi-nabi padanya.Walaupun dia tidak berminat untuk mendengar tetapi dipaksa jugak telinganya untuk menadah kerana kasihan pada Amira. Dia mula merindui Amira.Sudah seminggu Amira tidak bertegur sapa dengannya.

1 message received

Tina,jom lepak!

Sms dari Balqis dibiarkan sepi,dia tidak rasa seperti ingin keluar dari bilik.Entah kenapa rasa bersalah yang teramat sangat menerjah hatinya. Ya,Amira memang seorang yang baik. Jauh disudut hatinya,dia berasa tenang setiap kali melihat Amira.Amira yang murah dengan senyuman. Cuma,dia yang selalu mengabaikan senyuman Amira.

Kedengaran derapan tapak kasut dari luar bilik dan berhenti di hadapan biliknya.Jam ditangan di menunjukkan pukul 8.30 malam.Itu pasti Amira.Tina mengharap Amira akan mengajaknya solat isyak berjemaah memandangkan azan baru sahaja berkumandang. Dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia mengharap begitu sedangkan sebelum ini dia sering merunguti dan menolak ajakkan Amira.

Kedengaran suara Amira, “Assalamualaikum.”

“Waalaikumsalam,”Tina menjawab.

Amira terus merapati almarinya dan mengambil sesuatu dari situ lalu melangkah kekuar dari bilik.

“Kau tak sembahyang ke?”Tina memecahkan kesunyian.

“Solat di surau,”jawab Amira ringkas

“Amira,kejap.”

“Kenapa?,”tanya Amira bersahaja.

“Erm…Aku nak minta maaf pasal hal minggu lepas tu,”Tina mengumpul kekuatan untuk meminta maaf meskipun dia berasa sangat malu.

“Ye,”balas Amira.Amira terus nenuju ke tangga untuk turun ke surau.

Tina dibiarkan terpinga-pinga.Tina terdiam. Seakan tidak percaya Amira hanya menjawab ya.Dia berasa seakan-akan kehilangan Amira.

------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Tina,tengok tu,”Balqis menunjuk ke arah meja di hadapan mereka.

“Hah,kenapa?,”tanya Tina kehairanan.

“Kau tak nampak ke? Alif senyum kat kau. Aku rasa dia syok kat kau lah,”kata Balqis dengan terujanya.

Benar. Alif sedang memandang Tina sambil tesrenyum. Alif adalah antara pelajar lelaki yang menjadi pujaan ramai pelajar perempuan dek kacak nya wajahnya dan kepandaiannya mencairkan hati wanita. Seringkali Alif digosipkan dengan beberapa pelajar perempuan.

“Kau tak payah nak merepek lah. Dia tu kasanova,”balas Tina. Dia yang menyedari Alif memandangnya dari  tadi terus beredar dari meja tersebut.

Alif mengikut langkah Tina.

“Hai Tina,”Alif menyapa dari belakang.

Tanpa menoleh, Tina menjawab ringkas, “Hai.”

“Kenapa awak tak approve saya kat Facebook? Lama saya tunggu awak approve tau,”tanya Alif.

Tina menghentikan langkahnya.

“Alif,tolong jangan ganggu aku. Aku tak berminat nak kawan dengan kau walaupun kat facebook,”jawab  Tina dengan tegas. Tina melajukan langkahnya dan terus masuk ke kolej kediaman Terai Kembang.

“Tak guna punya perempuan. Siaplah kau,”sepasang mata memandang dari jauh.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sujud terakhirnya dinikmat. Pertama kali dia berasa sangat nikmat sujud pada-Nya. Selama ini solatnya seperti burung mematuk batang pokok,tidak sampai 5minit sudah selesai.

Usai solat,“Ya Allah,ampuni hamba-Mu yang hina ini,yang selalu menjauhi Mu.Berikan aku peluang untuk perbaikan diriku dan perbetulan kesalahan ku. Janganlah Kau biarkan aku tersasar di jalan yang hina.Tolongi aku ya Allah. Sesungguhnya Kau lah sebaik-baik penolong.Aamiiin,” Tina menyapu tangannya ke muka.Terasa pipinya basah.

Amira yang sedang membaca buku di atas katil dipandang. Hari ini dia perlu bersemuka dengan Amira. Dia sudah tidak tahan lagi hidup dengan rasa bersalah.

“Amira,semalam kau tidur di mana?,”Tina memulakan perbualan.

“Bilik Sofia,”jawab Amira ringkas.

“Kenapa tak tidur kat sini?,”Tina bertanya lagi

Amira membisu.

“Dah lama kau tak ajak aku solat sama-sama.Kau marah aku lagi ke?,”Tina terus bertanya.

Amira masih membisu.Bacaannya diteruskan.

“Amira,jawablah,”Tina menegaskan suaranya.

Amira menutup buku, “Awak yang cakap tak payah sibuk hal awak.Sekarang awak tanya saya?”

Amira terus keluar dari bilik. Barangkali ke bilik Sofia. Tina terdiam,terasa ada cecair jernih keluar daripada matanya. Sebelum ini pernah sahaja dia berkelahi dengan kawan-kawannya,tetapi ini pertama kali dia menitiskan air mata apabila dilontarkan kata-kata seperti itu.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

“Ana rasa enti tidak patut buat dia macam tu,”kata Sofia.

“Sofia,ana juga ada perasaan,”Amira mempertahankan tindakannya.

“Tadi enti kata dia ada minta maaf,enti maafkan dia tak?”tanya Sofia.

“Ana dah maafkan.”

“Tak. Enti belum maafkan dia.’

Amira memandang pelik.

“Kalau enti sudah maafkan dia,enti takkan buat di macam ini. Dia juga manusia yang berhak diberi peluang. Siapa lagi nak dakwahi dia kalau bukan enti? Enti nak tengok dia terus hanyut dengan dunia?,”Sofia sengaja menimbulkan rasa bersalah dalam diri Amira.

Amira hanya membisu.

Usai mengemas almari,Sofia duduk disebelah Amira. Dia mendakap bahu Amira.

“Amira yang ana kenal adalah Amira yang tak tahu erti putus asa, Amira yang bersemangat mengajak orang lain kepada Allah dan Amira yang cekal. Tina perlukan enti,”Sofia memujuk Amira

“In sha Allah,ana cuba yang terbaik. Doakan ana ye. Terima kasih Sofia,”akhirnya Amira bersuara.

Kemudian,Amira ingin pulang ke bilik.Sofia ingin menghantar dia ke biliknya tetapi Amira tidak mengizinkan. Dia tidak mahu menyusahkan sahabatnya itu.Sofia tetap bertegas untuk menghantar Amira.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ketika berada di koridor yang menghubungkan blok kolej kediaman yang didiami oleh Sofia dan Amira,mereka ternampak sekumpulan pelajar perempuan seperti sedang bergaduh.Amira mengamati kumpulan tersebut,dia terpandang Tina sedang dipukul oleh sekumpulan lagi pelajar perempuan.Balqis yang tadi berdiri disisi Tina terus berlari menyelamatkan diri.

“Hei perempuan! Kenapa kau kacau Alif? Berapa kali aku dah cakap yang Alif tu aku punya tapi kau masih jugak sibuk-sibuk nak dekat dengan dia,”Arina menengking Tina.

“Aku tak kacau dia lah. Dia yang datang kat aku,”Tina menjelaskan hal sebenar.

“Kau tak payah nak tipulah,tak mungkin Alif nak kat perempuan yang buruk macam kau ni.Lainlah aku yang cantik ni,”kata Arina sambil menolak rambut dibahunya ke belakang.

Arina dan kawan-kawannya mula memukul Tina.Mereka cuba menarik tudung Tina. Tina cuba mempertahankan diri tetapi tidak berdaya kerana dia seorang dan mereka bertiga. Amira dan Sofia yang nampak kejadian tersebut berlari mendapatkan mereka.

“Lepaskan Tina,”Amira berkata dengan nada tegas.

Tetapi tidak dilayan.

“Aku kata lepaskan dia,”suara Amira semakin meninggi.

“Kalau tak,kami laporkan pada felo kolej,”Sofia menyampuk.

Arina dan kawan-kawannya melepaskan Tina dan berlalu dari situ. Amira memdekati Tina lalu memeluk Tina. Tina membalas pelukkan Amira.

“Amira,jangan tinggalkan aku. Aku tahu aku banyak buat salah kat kau. Aku minta maaf ye. Aku janji takkan buat lagi,”kata Amira sambil teresak-esak.

“Ye. Saya takkan tinggalkan awak lagi. Saya pun nak minta maaf sebab abaikan awak. Saya tahu sya tak patut buat macam tu,”balas Amira sambil mengelap air mata Tina.

“Amira,tolong bimbing aku. Aku nak berubah. Aku nak jadi macam kau dan Sofia,”kata Tina dengan penuh pengharapan.

“In sha Allah, saya akan tolong awak semampu saya,”balas Amira.

“Ok.Ok.Kalau nak nangis,kita sambung kat bilik ya.Jom saya hantar koramg balik bilik,”sampuk Sofia.

Amira dan Tina tergelak kecil.Mereka bertiga beriringan pulang ke bilik Amira dan Tina. Amira berharap ini adalah titik mulanya keakraban dia dan Tina.





-MUSLIM tegar-

semoga coretan ini memberi manfaat kepada yang membaca. Idea sedang membuak buak macam air dalam cerek  kan dapur umah makcik melah.

Semoga Allah redha. Aamiiin.









Wednesday 7 November 2012

Jangan Tinggalkan Aku (Part 1)


 “Eeee.aku rimaslah.Hari-hari budak tu ajak aku sembahyang jemaah.Sembahyang sendiri je tak boleh ke?”Tina mengomel sendirian sambil berjalan menuju ke fakulti untuk meneruskan kuliah pada waktu petang setelah habis waktu rehat tengahari

“Apa yang kau membebel sorang-sorang tu?”sapa Balqis dari belakang.
“Roomate aku tu la,hari-hari nak ajak sembahyang berjemaah.Katanya ganjarannya 27 kali darjat dari sembahyang sorang-sorang.Kalau ye pun,tak payah lah hari-hari nak ajak aku,ajak la orang lain pulak,”rungut Tina pada Balqis

“Kau nak suruh dia ajak siapa?Jin?Kat bilik tu kan ada kau dengan dia je,sebab tulah dia ajak kau.Biasalah tu budak alim memang macam tu.”

“Aku pun tak fahamlah dia tu.Kadang-kadang rasa malas sangat nak layan tapi kesian pulak,”rungut Tina lagi.

Sesampai sahaja di dewan kuliah.

“Sudahlah tu Tina.Tak payah nak serabutkan kepala pikir tentang dia. Baik kau focus kat kuliah ptg ni.Malam ni ada konsert student fakulti sastera,jom pergi tengok!Ada sorang mamat hensem ala Lee Min Hoo nyanyi tau,”ajak Balqis dengan penuh teruja.

Tina tersenyum, “Jom!.”

Tina dan Balqis adalah teman sekelas ketika di bangku sekolah dahulu dan mereka menyambung pengajian di ipta yang sama dan fakulti yang sama.Balqis lah tempat Tina melepaskan rungutannya tentang rakan sebiliknya,Amira.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


“Jangan lupa ya,malam ini ada bulatan gembira,”pesan Amira pada Farah.

“Ish,mana boleh lupa event yang di tunggu-tunggu setiap minggu,”balas Farah dengan wajah yang sangat gembira sambil menunjukkan tanda aman.

Mereka bersalaman dan berlaga pipi.

“Ok,Farah,jumpa malam ini.Saya naik ke bilik dahulu.Assalammualaikum,”kata Amira sambil melambaikan tangan pada Farah.

“Ok.Waalaikummussalam Amira,”Farah jugak melambaikan tangan.

Amira terus melangkah menaiki tangga ke tingkat 2 kolej kediaman Seri Teratai Kembang menuju ke kamarnya.Sepanjang perjalanan itu,Amira tidak lupa tentang hak seorang muslim ke atas muslim yang lain,dia memberi salam kepada setiap pelajar perempuan yang berselisihan dengannya.Jika bertemu sahabat yang rapat dengannya,dia pasti bertanya khabar.Ramai pelajar perempuan di kolej kediaman Seri Teratai Kembang sangat menyenangi Amira kecuali Tina yang tidak suka sikap Amira yang terlalu mengambil berat soal dirinya.

“Assalamualaikum,”Amira menjenguk ke dalam bilik.Kelihatan Tina sedang baring di atas katil sambil membelek tabnya.Tina menjeling kearah Amira,namun salam Amira tidak dijawab.Amira bersangka baik,mungkin dijawab dalam hati.

“Tina,solat asar nanti kita solat bersama ye,”ajak Amira sambil tersenyum.

“Aku nak tidur la.Kau sembahyang lah dulu,”balas Tina sambil memalingkan mukanya ke arah dinding.

“Ok,kalau macam tu,Tina tidur dulu.Amira nak pergi mandi,after Amira mandi.Amira kejut Tina.Kita solat sama-sama,”balas Amira dengan penuh berharap.

“Yela,”Tina terus melelapkan matanya

Amira bergerak ke almarinya ,mengambil tualanya dan terus keluar dari bilik untuk ke bilik air.Tina membuka matanya,dilihat Amira sudah keluar dari bilik.

“Baik aku keluar sebelum dia balik,”monolog Tina.

Tina lantas bangun dari katilnya menuju ke almari,t-shirt berlengan pendek dan seluar jeans disarung ke badan,kemudian tudung bawal dipakai di kepala.Dia melangkah keluar dari bilik tanpa menutup pintu.Tina mendail nombor telefon Balqis.

“Qis,kau kat mana?Aku tunggu kau kat kafe tau,”kata Tina pd Balqis di telefon.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Kolam ikan yang jernih ditenung sedalam-dalamnya.Terbayang semula apabila dia pulang dari bilik air,dilihat pintu bilik terbuka dan Tina tiada di dalam bilik.kasut sandal yang selalu Tina pakai ketika hendak keluar pun tiada.Sah lah,Tina sudah keluar.Sekali lagi dia gagal menawan hati rakan sebiliknya.Hampa.Mengeluh.

“Orang Islam mana boleh mengeluh.Belum berjaya bukan bermakna gagal,” kedengaran suara yang sangat dikenali.

Amira tersenyum melihat Sofia berdiri disisinya.

“Assalamualaikum,”Sofia memberi salam.

“Waalaikummussalam.Patutnya mula-mula datang tadi dah bagi salam,”jawab Amira dengan nada bergurau.

“Ana dah bagi salam dah tadi,enti yang tak jawab.Yela,tenung kolam tu macam nak tangkap ikan dalam kolam tu,”usik Sofia pada Amira.

Terkena.Amira hanya menjeling Sofia sambil tersenyum.

“Amira,enti kan muslim tegar.Takkan baru nak dakwahi roommate sorang dah mengeluh kot.”

“Enti ni macam tahu saja apa yang ana tengah fikirkan,”Amira tersenyum kelat

“Ana kenal enti.Kita kan sudah lama bersahabat dan kita mulakan tarbiyah pun sama-sama.Ana tahu apa yang  mengganggu fikiran enti sekarang.”

“Dah 3 bulan ana duduk sebilik dengan dia tapi sampai sekarang ana tak berjaya nak dekati dia.Dah macam-macam cara ana buat tapi masih tak berjaya,” luah Amira ada Sofia.Amira jarang meluahkan masalahnya pada orang lain,dia hanya bercerita pada-Nya  kecuali jika dia sudah tidak lalu makan,mandi pun rasa seperti tidak basah dan sudah rasa seperti sangat perlukan nasihat,barulah diceritakan pada Sofia.

“Allah nilai usaha kita,bukan pencapaian kita.Berilah dia masa,dia juga manusia yang perlukan masa untuk berubah macam kita dulu juga kan?.”

Amira menggangguk sahaja.

“Tapi enti kena teruskan usaha lah.Jangan sesekali tinggalkan dia sendirian.Percayalah suatu hari nanti dia pasti akan turut bersama kita di jalan tarbiyah ni.Insya’Allah,”Sofia memberikan kata-kata semangat kepada Amira.

“Insya’Allah.Ana cuba yang terbaik.Jazakillah khair sahabat,”balas Amira.Lega rasanya sudah meluahkan bebanan perasaannya.Dia sangat bersyukur pada Allah dikurniakan sahabat seindah Sofia.

“Afwan Amira,”Sofia lantas menarik tangan Amira,mengajak Amira bersiar-siar sekitar kampus.

Setiba dihadapan kafeteria,Amira mengajak Sofia singgah di kafeteria untuk membeli makanan untuk makan malam.Mereka menuju ke cafeteria,kedengaran suara sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan bergelak ketawa.Mata Amira tertumpu pada kumpulan peajar tersebut apabila melihat Tina berada dalam kalangan mereka.Amira menggenggam tangan  Sofia.Tina yang dari tadi rancak bergelak ketawa terperasan Amira sedang melihat dia dari jauh terus terdiam.

“Amira,jom,”ajak Sofia yang tidak tahu apa yang sedang dilihat Amira.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Amira terjaga dari tidurnya.Dibuka mata.Bilik terang benderang.Jam di sebelah bantal menunjukkan pukul 11.00 p.m.

“Tina baru balik?,”tanya Amira apabila nampak Tina baru masuk ke dalam bilik.

“Ye,”jawab Tina dengan nada malas.

“Tina dah solat?”tanya Amira lagi.

Tina menjeling Amira.

“Hei Amira!Kau tak payah sibuk hal aku boleh tak?Kau tu bukan mak aku pun,sibuk nak ambil tahu aku dah sembahyang ke belum.Suka hati aku lah.”tengking Tina.

Amira yang tadi mengantuk terus segar apabila mendengar Tina meninggikan suaranya.

“Tina,saya cuma ambil berat tentang awak,”Amira masih mengawal nada suaranya.

“Kubur lain-lain.Tak payah nak sibuk-sibuk ambil berat tentang aku.Pandai lah aku jaga diri sendiri,”jawab Tina

“Sebab kubur lain-lain lah saya ambil berat tentang awak.Dekat kubur nanti saya dah tak boleh nak ambil berat tentang awak dan tolong awak,”Amira cuba memujuk Tina.

“Ah!ade aku kisah?Lepas ni tak payah nak sibuk-sibuk pasal aku dah,”Tina terus menutup lampu bilik dan baring di atas katilnya.

Amira tergamam.



-MUSLIM tegar-
p/s -------> tunggu lah next part. ^_^

Sunday 4 November 2012

Tautan Hati


'Novel Tautan Hati bertukar tangan.Aku tersenyum pada dia dan aku berlalu pulang ke asrama.Fuhh..tebal sungguh novel itu.Bilalah aku dapat membaca novel itu.Buku biology dan kimia pun aku tak khatam lagi,SPM dah dekat nie.'

Itulah alasan Diana apabila menerima novel karya Fatimah Syarha yang dipinjamkan oleh Nabila.Nabila berkenalan dengan Diana ketika di tingkatan 4.Mereka ditempatkan dalam kelas yang sama.Nabila yang merasakan ada keserasian antara mereka mula mendekati Diana.Kini mereka berteman rapat.Tidak.bukan setakat teman rapat.tetapi Nabila menyayangi Diana seperti dia menyayangi dirinya sendiri dan ingin ke syurga bersama Diana.Itulah yang Nabila sering katakan ketika mereka duduk bersembang sambil menghirup teh ais di kantin.

'Aku rase macam nak baca novel yang Nabila bagi la'

Setelah 2jam menelaah novel TH

'Ok.novel ni best.'

Diselang seling dengan buku kimia,Diana membaca novel Tautan Hati.Terasa keinsafan dalam hatinya.Cuba menghayati tarbiah Islam.

'Kan seronok dapat rasa suasana macam dalam novel nie.'

Rasa tinggal rasa.



............................................................................................................................



Nabila mengetuk pintu bilik Diana tetapi tiada jawapan.Dipulas tombol pintu bilik itu.Tidak berkunci.Nabila melangkah masuk dan terus bergerak ke katil Diana.Digoncang perlahan badan Diana sambil memanggil nama si gadis yang sedang nyenyak tidur dan mengajaknya Qiamulail.

 'ye.ye.aku bangun ni' 

'Kacau orang tidur la dia ni.sekali sekala tak apa lagi,ni hari-hari.hisshh'(luah hati Diana)

Nabila berlalu keluar.Tersenyum.Nabila sangat penyabar,tidak pernah penat atau lelah mengajak Diana ke arah kebaikan.Walaupun responnya seringkali negatif.Sabar.

'Buku lagi.Macam tak best je.Macam buku lama.Malaslah nak baca.Nantilah.'

Itulah alasan Diana dalam hatinya setiap kali menerima buku-buku tarbiah dari Nabila.



............................................................................................................................

Ada mesej!Ada mesej!Telefon bimbit Diana menjerit.

1 message received


Diana,aku dah jauh dari kau.Jaga diri ya.Aku selitkan nombor telefon seorang akhwat yang ada di kolej kau.Nanti kau contact dia ye.Usrah dengan dia ye.

Hmmm.

Diana mengeluh.

'Lagi.Macam-macam la dia ni.Ok.Ok.Aku cuba.'

............................................................................................................................

Diana mula.cuba.Berjinak dengan tarbiah dikolej.Bersama Hazira dan Salina,sahabat sekelas ketika disekolah,Diana memulakan episod tarbiah di kolej itu.Bahagia.Walau sukar tetap ditempuh.Tak tahulah apa yang menggerakkan dia untuk terus berjalan meskipun tutorial,laporan makmal dan kuiz yang sering menghimpit.Terhimpit. Tapi dia terus berjalan.Syahadatul Haq yang disampaikan oleh murabbi tercinta,Kak Nur 'Adila dihayati.Ya,dia perlu terus berjalan.Tidak.Bukan hanya berjalan tetapi kadang-kadang perlu juga untuk pecut 100km/j.

Ok.Roomate.

'Assalamualaikum Warahmatullah.hmm.baru aku tahu betapa payahnya Nabila usaha ajak aku bertarbiah dulu.'

Kata-kata itu dilafazkan dalam hati saat melihat rakan sebiliknya lena dibuai mimpi.

'Aku juga perlu usaha macam Nabila buat untuk aku dulu.Inilah cara aku nak balas jasa Nabila dulu.Ajak mereka juga bersama aku.'



Terima kasih Nabila



Terima kasih Allah





------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dikarang saat teringat seorang sahabat yang jauh.Yang berusaha meniti titian tarbiah,mengajak saya.Semoga dia sihat-sihat sahaja dalam rahmat n kasih sayang Allah. Jzkk 'penglihatan yg mulia'
Juga tidak lupa buat kurakuralaju dan ketua Astri 2010 yg bersama saya meniti jalan sukar tapi indah ini d Kolej Mahu Pandai Kira..sayang kalian fillah!

Friday 2 November 2012

Manisnyeeeeee^_^



Gula-gula tu manis...madu itu manis...coklat itu manis...sirap itu manis..
Iman itu manis..

Ya,Iman itu manis. Merasai kemanisan iman adalah satu nikmat yang idak dapat digambarkan dengan kata-kata,kemanisan iman dapat dirasai dengan meletakkan diri sebagai hamba kepada Allah.Ya,semua manusia adalah hamba Allah tetapi adakah dia benar-benar merasakan diriya adalah hamba kepada Allah.Sering kali manusia merasakan hatinya kosong walaupun sudah memiliki segalanya di dunia,harta,kekayaan,kecantikkan,darjat,bisa berseronok,menari di kelab-kelab namun hatinya kosong walaupun sering dinafikan,percayalah jauh disudut hati setiap manusia,dia mandambakan sesuatu yang lebih bermakna berbanding segala yang ada di dunia...........Kemanisan Iman

Masalahnya,manusia ini takut untuk mencari kemanisan iman kerana takut diejek,dikeji,dikutuk manusia lain yang tidak berhati perut. Mengapa pandangan manusia yang dilihat sedangkan yang dicari adalah lebih besar dari itu?Sebenarnya,disekeliling manusia itu sendiri masih ramai manusia lain yang ingin bersama-sama merasai kemanisan iman.Jom rasai kemanisan iman!

Antara Cara-caranya.

Tadabbur Al-Quran-melazimi membaca Al-Quran dan maknanya ,dengan itu kita akan pahami apa-apa yang Allah perintahkan dalam Al-Quran.

Zikir-rajin-rajin berzikir akan membuatkan hati kita sentiasa mengingati Allah

Muhasabah-muhasabah diri atas perkara yang telah dilakukan dan bertaubat nasuha

Sahabat soleh-mendekati sahabat yang soleh/solehah akan membuatkan kita mencontohi sifat-sifat baik mereka

Ilmu-pergi ke majlis ilmu,ceramah dan banyakkan membaca buku-buku yang membangunkan semangat untuk merasai kemanisan iman

Kemanisan iman ini hanya dapat dirasai dengan usaha yang gigih,doa yang berpanjangan dan tawakal yang berterusan.Tetapi awas!!!!!!Ia tidak akan dapat dicapai dengan seribu alasan.





Thursday 1 November 2012

Why?why?why?


Pernah tak anda...anda???erm.....kita la...pernah tak kita terfikir kenapa Allah ciptakan kita? Kadang-kadang bila kita berfikir dan timbulnya persoalan seperti ini...tapi jawapannya kita tak tahu..kan kan?

That is why we have to look baack to our life manual...life manual??ada ke? Ada la.... Al-Quran dan hadith la manual hidup kita...panduan hidup kita...nak guna rice cooker pun ade manual,takkan hidup manusia yang lagi complicated ni tak ada manualnya.

Rasulullah S.A.W tak tinggalkan harta untuk umatnya..tapi Baginda tinggal 2 perkara...Al-Quran dan hadith Baginda sebab 2 perkara nie la yang akan jadi panduan hidup kita..

Ok..ok...back to main question...Kenapa Allah ciptakan manusia

Jom tengok surah Az-Zariyat,ayat 56

'Aku tidak ciptakan manusia
dan jin melainkan untuk mereka
beribadah kepada Aku'

Jelas sekali Allah ciptakan kita supaya kita beribadah kepadaNya... Lakukan suruhanNya dan tinggalkan laranganNya(amar makruf,nahi munkar)

Tapi kita sering ambil ringan hal ini

“Ala....Aku muda lagi la...enjoy dulu...dah tua nnt bru la taubat....”

'Dan Allah tidak akan menundakan(kematian) seseorang
apabila waktu kematiannya telah datang.
Dan Allah Maha Teliti terhadap
apa yang kamu kerjakan'
Al-Munafiqun:11

Kematian 2 tidak kira muda atau tua..jadi kita haruslah buat persediaan dari sekarang...
Jom sama-sama berubah kearah kebaikan...improve iman dan ibadah...May Allah ease..

'Baginya (manusia) ada malaikat-malaikat
yang selalu menjaganya bergiliran,dari depan dan
dari belakangnya. Mereka menjaga atas perintah Allah.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan ssuatu kaum
sebelum mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
Dan apabila Allah meghendaaki keburukan terhadap sesuatu kaum,
maka tak ada dapat menolaknya
dan tidak ada pelindung baagi mereka selain Allah'
Ar-Ra'd:11