Thursday 31 October 2013

BGB #1 : Never dry with love

Bismillah

BGB tu apa?

erm.. Bulatan Gumbira Bocor..Actually banyak dah bulatan gumbira yg boleh dibocorkan tapi yang kali ini baru saya berpeluang untuk mula bocorkan =)

Kenapa nak bocorkan bulatan gumbira?

Haihh..takkan nak simpan buat pekasam. Perlulah disebarkan. Kalau nak simpan sorang-sorang,tak payah join bulatan gumbira. uppss!

Ok. Enough about BGB.

Alhamdulillah.Latest bulatan gumbira sangat special sebab salah seorang akhawat sekumpulan dengan saya waktu Ini Sumpah Kewriouss turut join bulatan gumbira kami. Dah setahun tak jumpa since ISK tersebut.

Mama (baca: murabbi/naqibah) kami story tentang seorang lelaki yang paling dicintai.

Mama cakap lelaki ini tidak pernah kering dengan kasih sayang sejak sebelum lahir lagi.Walaupun akhirnya lelaki ini ditentang oleh oleh keluarga dan kaumnya sendiri tetapi lelaki ini masih disayangi dan dilindungi oleh sahabatnya.

Sebelum kelahiran lelaki ini,seluruh kaumnya menantikan kelaahirannya since dizaman itu kelahiran anak lelaki dianggap sangat mulia.

Selepas kelahirannya,dia disambut dengan kegembiraan yang tidak terhingga baik dibumi juga di langit. Malah bapa saudaranya yang akhirnya menentang lelaki ini turun bergembira sehingga bapa saudaranya ini menyembelih 100 ekor unta.

Lelaki ini sangat disayangi oleh ibunya. ketika disusukan juga,dia sangat disayangi oleh ibu dan bapa susuan nya kerana kedatangannya memberikan rahmat kepada keluarga mereka sehingga kambing-kambing mereka mengeluarkan susu yang banyak dan sihat,tanaman mereka juga tumbuh dengan segar.

Selepas kewafatan ibunya,lelaki ini dijaga oleh datuknya yang ketika itu pembesar kaum mereka. Betapa sayangnya datuk lelaki ini kepada dia sehingga dia dipanggil dengan gelaran 'anak aku'.

Lelaki ini diserahkan dibawah penjagaan bapa saudaranya selepas kewafatan datuknya. Ketika ini juga lelaki ini tidak kering kasih sayang cuma dia perlu berdikari since bapa saudaranya itu mempunyai ramai anak.

Sehingga saat paling penting dalam kehidupan lelaki ini dimana dia diangkat menjadi Rasulullah. Dia mulai dengan berdakwah secara rahsia kemudian secara terang-terangan. Ketika ini,saat sukar baginda, tetapi tetap tidak kering dengan kasih sayang. baginda dicintai sahabat-sahabatnya sehingga mereka sanggup mengorbankan nyawa untuk melindungi baginda.

Hal ini dapat dilihat bagaimana sahabat/sahabiah sanggup bermandi darah mempertahankan baginda ketika perang Uhud yang getir keadaaannya saat kebanyakkan tentera Islam sudah lari.

Hari ini,kita juga mencintai baginda, Rasulullah S.A.W

Masya Allah, lihatlah bagaimana Allah menjaga baginda. Bukan sahaja tidak kering,tetapi penuh dengan kasih sayang. Walaupun kasih sayang Allah pada baginda sudah melebihi segala-galanya tetapi allah masih berikan kasih sayang dari orang lain kepada baginda. Betapa SPECIAL nya Rasulullah.

Moga kita dalam kalangan umatnya yang diberi syafaat kelak. Moga kita dapat bersama baginda di Jannatul Firdaus. =)





31102013


-Didi Addin-

Tuesday 29 October 2013

Rupanya ramai sudah dilanggar Makcik Hidayah

Bismillah..

Sekali lagi setelah sekian lama blog ini berhabuk tanpa sebarang post,pagi ini hati membuak buak ingin menulis

'memang minat tunggu berhabuk baru update..hee'

Beberapa hari lepas,saya 'fb-walking' dan terjumpa satu group muslimah ' Geng Tudung Labuh'

Nak tahu ttg group ni?..cari sendiri..

Since sedang mencari anak-anak untuk di lasso,saya mewarwarkan tentang usrah di group tersebut,
Subhanallah,sangat ramai ukhti yang respon pada post yang saya tulis. Barulah saya tahu sebenarnya ramai Muslim diluar sana telah dilanggar dan dipeluk erat oleh makcik Hidayah tetapi tidak memjumpa platform or kata lebih indah, 'support sistem' untuk membantu mereka memperbaiki diri.

Dan saya sangat kagum dengan mereka kerana ada effort sendiri untuk berubah menjadi Muslim Productive.
Moga mereka dan kita juga istiqamah dalam menggapai Mardhatillah.

29102013

http://24.media.tumblr.com/tumblr_ltm9aoNGxn1qbcgl1o1_500.jpg