Uhibbuki fillah
Saya sayang awak kerana Allah
Ukhti,sayang awak kerana Allah sampai syurga
Tetapi sering tidak dimaknai
....................................................................................................
Sehingga donut terindah dirasai
Sehinggalah seorang ukhti mengeluarkan kata-kata yang menyusuk dihati
Terasa seperti tiap bait-bait ucapannya terkena pada diri ini yang sering kali mengungkapkan kata cinta pada yang halal
Terasa jiwa sangat sesak
Ucapan cinta yang diungkapkan selama ini tidak dimaknai dengan tindakan
Jika cinta kerana Allah,tidak meninggalkan dalam kesesatan
Jika cinta kerana Allah,bersungguh-sungguh membawa kepada Allah
Jika cinta kerana Allah,menegur yang mana salah,menasihati yang mana silap
Jika cinta sampai syurga,menarik untuk sama-sama berjalan ke syurga
Tetapi mereka seringkali ditinggalkan
Seringkali dibiarkan terawang-awang dengan kenikmatan dunia
Seringkali tidak diendahkan kesilapan dan kesalahan
Sehinggalah Donut Terindah dirasai,bait2 menusuk jiwa didengari.
Donut Terindah tidaklah semanis Big Apple malah ditaburi garam dan lada sulah.
Tetapi Donut Terindahlah yang beri kesedaran bahawa ukhwahfillah bukan hanya pada ungkapan cinta tetapi pada tidak mengajak kepada Allah
Kerana mereka akan mencari kita di akhirat kelak dan mempersalahkan kita kerana tidak mengajak mereka kepada Allah.
Maknai Cinta Dengan Tindakan Mengajak kepada Allah.
-Future Muslim Engineer-
130313
1835
130313
1835