Tuesday 19 November 2013

IS #1 : Badar itu ujian berat

Bismillah

Namanya sering didengari ditelinga ini.

Kisahnya juga sering menjadi hujah & contoh.

Makamnya di bumi Yarmouk. Dia bukan seorang shuhada' di medan perang tetapi dia antara yang diberi jaminan syurga.

Jiwa dan raganya hanya untuk Allah dan Rasulullah.

Malam ini sekali lagi kisahnya aku baca dan teramat rugi andai tidak aku ceritakan...


Di Badar, kebenaran dan kepalsuan bertembung, haq dan kebatilan bakal bertempur. Susuk tubuh itu sudah bersedia mempertahankan islam tercinta walaupun fizikalnya kelihatan pihak al-Haq sukar untuk menang tetapi Allah Maha Kuasa.

Apabila pertempuran bermula, susuk ini merempuh tentera batil ibarat penggempur yang tidak takut mati. Ketika ini tentera batil sangat gerun kepadanya. Tentera berkuda sang batil pasti mengelak untuk bertembung dengannya.

Namun ada yang terlalu ingin berdepan dengannya. Dia cuba mengelak dan menjauhi. Mengapa?
Lelaki itu setiasa cuba mencari peluang untuk menyerah susuk tubuh gagah perkasa in tetapi dia tetap mengelak sehingga lelaki itu menghalang jalannya dan menghunus pedang kepadanya untuk menghalang dia menghadapi musuhnya yang lain sebelum bertempur dengan lelaki itu.

Sang pahlawan hilang sabar dan tiada pilihan. Kerana Allah dan Rasul,kepala lelaki itu terbelah dua dengan satu tetakkan sahaja.

Saat mengetahui siapa yang ditetak,aku kaku,butir air mata bergenang,hati tersentak.

Badar amat sukar bagi pahlawan ini.

Sang Pahlawan adalah Abu Ubaidah Al Jarrah

Tentera musyrikin quraisy yg ditetak adalah Abdullah bin Al-Jarrah,ayahnya

Amat sukar.Tetapi Abu Ubaidah bukanlah membunuh ayahnya,dia membunuh kebatilan dan syirik di dalam diri ayahnya.

Sungguh siapa yang tidak sayu andai yang perlu diperangi adalah ayah tercinta tetapi demi cinta tertinggi Allah dan Rasul,pemegang amanah umat Rasulullah ini sanggup.

Malah Allah berfirman tentang tindakannya dalam surah Al Mujadalah,ayat 22.

--------------------------------------------------------

Kekuatan jiwa Abu Ubaidah mesti kita miliki.bukan hanya ini sirah tentangnya malah banyak lagi,bacalah maka kita akan pelajari akhlak mulianya.

Wallahu'alam



"Setiap umat ada pemegang amanah,dan pemegang amanah umat ini adalah Abu Ubaidah Al Jarrah"
-Rasulullah SAW-



*Rujukan : 65 Gambaran Kehidupan Sahabat, Dr. Abdul Rahman Ra'fat Al-Basha,Pustaka Salam 

No comments:

Post a Comment