Actually,dah banyak kali nak update blog ni,cuba buat story,travelog..tapi cam tak jadi so straight to the point lah ye.
Lately,banyaklah dengar cerita sahabat-sahabat yang semakin kurang bersemangat untuk belajar dan mujahadah tambah-tambah mereka bakal menghadapi final exam tak lama lagi. Pressure la kot.
Sahabat,
Tajdid niatmu.koreksi dirimu. Apakah niat sebenar kamu berada disana. Jawab pertama yang terlintas itu menggambarkan situasi kamu. Jika kamu berada disana kerana Allah, maka apa yang membuktikan hal itu? Dengan bermalas-malas? Dengan memonteng kelas? Dengan berlebihan tidur. Jika jawapan kamu adalah 'tak tahu' bermakna kamu tiada matlamat,maka tidak punya maknalah hidupmu. Jika jawapanmu adalah selain kerana Allah dan 'tak tahu',koreksi dirimu dalam-dalam dan muhasabah dirimu
Sahabat,
Di luar sana beribu-ribu manusia yang tidak memperoleh peluang yang kamu peroleh maka bersyukurlah. Bagaimana bersyukur? Gunakannya kearah memperoleh redha Allah,tiada yang lebih bermakna dalam menjadi makhluk Allah yang kerdil dan hina melainkan memperoleh redhaNya. Maka wajarkan kamu bermalas-malas dan mengeluh? Jawab sendiri.
Sahabat,
Mungkin ini bukanlah sesuatu yang kamu inginkan tetapi yakinlah bahawa Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untukmu. Jalani hari-hari sukarmu itu dengan penuh redha dan sabar. Orang yang bahagia adalah orang yang redha dengan ketentuan Allah dan jalaninya dengan penuh syukur. Bukankah itu lebih baik bagimu?
Sahabat,
Sometime it is better and good to find positive side instead of keep looking at negative side. Carilah positivenya kedudukanmu sekarang agar kamu tidak sentiasa gelisah memikirkan keburukan kedudukanmu. Contohnya..
Instead of 'kenapa aku dapat course yang susah dan payah ini?'
better 'pasti ada baiknya Allah letak aku disini'
Sahabat,
Paling penting,jangan sesekali membelakangkan Allah dalam setiap tingkah laku dan tutur kata. Utamakan Allah. Carilah wasilah-wasilah untuk kamu sentiasa istiqamah dalam mengingati Allah dan bermujahadah such as usrah,daurah,majlis ilmu,tazkirah maghrib,qasidah,lagu-lagu yang mengingatkanmu kepada Allah berbanding lagu-lagu korea,english,melayu pop,rock jazz,hiphop,dangdut dan sebagainya yang membuatkan kamu makin jauh daripada Sang Pencipta.
Sahabat,
Mungkin kamu akan berkata 'kau tak ada ditempat aku!!' Itu cuma alasan. Jujur dari hatiku,itu cuma alasan!!! Teruslah berikan alasan tidak munasabah itu sehingga kau puas dan berjaya *berjaya ke??
Sahabat,
Hargai peluang yang sukar kamu dapati ini.sedang aku sangat-sangat menginginkannya dan masih menanti.
Salam sayang dan cinta,
sahabatmu=)
Friday, 21 December 2012
Friday, 30 November 2012
tidak sedia.
benar-benar tidak bersedia.
berhenti sebentar.
sebentar cuma.
akan bermula semula nanti.
tidak pasti bila.
yang pasti,pasti bermula semula.
kerana inilah logamnya.
doakan persediaan berjalan lancar.
moga Allah beri kekuatan..
berhenti sebentar.
sebentar cuma.
akan bermula semula nanti.
tidak pasti bila.
yang pasti,pasti bermula semula.
kerana inilah logamnya.
doakan persediaan berjalan lancar.
moga Allah beri kekuatan..
Friday, 23 November 2012
GAZA 3.0
Baru dua hari adik-adik saya di Gaza berlari keriangan,*rasenye tak sampai 48jam lagi.
israel sudah mencabuli gencatan senjata dengan tembakan rambang pada petani di sempadan Gaza. seorang petani telah syahid dan 8 org cedera.
Jujur,saya mengharapkan gencatan senjata ini bertahan lebih lama. Tapi,israel memang tidak boleh dipercayai kata-katanya.
Apabila Allah merindui hambaNya,Allah akan turunkan ujian buat hambaNya. Semestinya, ini adalah salah satu ujian buat muslim seluruhnya. Allah ingin hambaNya sentiasa dekat padaNya dan terus berdoa.
Jom! Teruskan berdoa.
NeverStopPrayForGaza!
israel sudah mencabuli gencatan senjata dengan tembakan rambang pada petani di sempadan Gaza. seorang petani telah syahid dan 8 org cedera.
Jujur,saya mengharapkan gencatan senjata ini bertahan lebih lama. Tapi,israel memang tidak boleh dipercayai kata-katanya.
Apabila Allah merindui hambaNya,Allah akan turunkan ujian buat hambaNya. Semestinya, ini adalah salah satu ujian buat muslim seluruhnya. Allah ingin hambaNya sentiasa dekat padaNya dan terus berdoa.
Jom! Teruskan berdoa.
NeverStopPrayForGaza!
Thursday, 22 November 2012
We are the winner!! Specially for my brothers and sisters ^_^
Alhamdulillah! Subhanallah! Allahuakhbar! Islam sentiasa menang!
Hamas dan israel sudah mencapai gencatan senjata dan ini bermakna Gaza sudah bebas. Dr Mursi, President Mesir sebagai penjamin. Ini menunjukkan kemenangan besar bagi seluruh manusia yang mendoakan Gaza terutama Muslim.
Di antara isi kandungan genjatan senjata antara Israel dan Hamas:
1. Israel perlu menghentikan segala bentuk serangan ke atas Gaza samada dari darat, laut dan udara . Ini termasuk pencerobohan sempadan dan mensasarkan serangan ke atas individu tertentu.
2. Pihak Hamas perlu menghentikan serangan roket ke atas Israel dan juga serangan di sempadan.
3. Selepas 24 jam tempoh genjatan senjata berjalan, pihak Israel harus membuka semua pintu sempadan dan membenarkan pergerakan penduduk Gaza dan barang keperluan keluar dan masuk Gaza.
Menteri Hamas , Khaled Mesy'al mengulas mengenai genjatan senjata ini dengan berkata, israel telah gagal dalam mencapai segala tujuan dan sasaran mereka dan mereka terpaksa tunduk kepada tuntutan genjatan senjata ini.
*Genjatan senjata ini dijamin oleh Presiden Mesir, Dr Mursi
Sumber:
Al-Jazeera.
Gaza sudah bebas! My brothers and sisters are free. I wish ti meet them. If not here, In shaa Allah in jannah
-MUSLIM tegar-
Dah menang x bermakna xpayah boikot mekdi. terus kan jihad boikot n mne taw 1 day mekdi xsupport israel dah. *angan-angan
Hamas dan israel sudah mencapai gencatan senjata dan ini bermakna Gaza sudah bebas. Dr Mursi, President Mesir sebagai penjamin. Ini menunjukkan kemenangan besar bagi seluruh manusia yang mendoakan Gaza terutama Muslim.
Di antara isi kandungan genjatan senjata antara Israel dan Hamas:
1. Israel perlu menghentikan segala bentuk serangan ke atas Gaza samada dari darat, laut dan udara . Ini termasuk pencerobohan sempadan dan mensasarkan serangan ke atas individu tertentu.
2. Pihak Hamas perlu menghentikan serangan roket ke atas Israel dan juga serangan di sempadan.
3. Selepas 24 jam tempoh genjatan senjata berjalan, pihak Israel harus membuka semua pintu sempadan dan membenarkan pergerakan penduduk Gaza dan barang keperluan keluar dan masuk Gaza.
Menteri Hamas , Khaled Mesy'al mengulas mengenai genjatan senjata ini dengan berkata, israel telah gagal dalam mencapai segala tujuan dan sasaran mereka dan mereka terpaksa tunduk kepada tuntutan genjatan senjata ini.
*Genjatan senjata ini dijamin oleh Presiden Mesir, Dr Mursi
Sumber:
Al-Jazeera.
Gaza sudah bebas! My brothers and sisters are free. I wish ti meet them. If not here, In shaa Allah in jannah
-MUSLIM tegar-
Dah menang x bermakna xpayah boikot mekdi. terus kan jihad boikot n mne taw 1 day mekdi xsupport israel dah. *angan-angan
Tuesday, 20 November 2012
GAZA 2.0
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Memandangkan saya kini adalah fulltime daie a.k.a penganggur terhormat dan agak sukar untuk keluar berusrah dan berdakwah diluar. Maka saya berdakwah di hujung jari a.k.a internet kerana ini sahaja medium yang mampu saya gunakan buat masa ini untuk berhubung dengan manusia diluar sana.
Sebenarnya bukanlah itu yang saya nak ceritakan.
Sebentar tadi,facebook dibuka,mouse di skoll,ternampak seorang sahabat share video ttg Gaza. Mula-mula macam malas nak tengok tapi selepas membaca ulasannya. Jari didetik oleh Allah untuk mainkan video itu.
Pipi terasa basah. MasyaAllah. Kasihan mereka. Tak dapat saya bayangkan jika saya hadapi keadaan seperti mereka. Macam-macam yang terlintas difikiran saat menonton video itu. Walaupun dalam keadaan susah,mereka saling membantu. Sya perlu islahkan diri saya dan ajak orang lain kerana saat ini saudara di Gaza bertarung nyawa membela tanah suci Islam maka saya juga mesti berjuang! Mari koreksi diri,buang jahiliyah. Bangunkan Islam! Allahuakbar!
Monday, 19 November 2012
Syurga!
‘Sesungguhnya penghuni syurga
pada hari
itu bersenang-senang dalam
kesibukan(mereka).
Mereka dan pasangan –pasangannya
berada
dalam tempat teduh, bersandar
di atas dipan-dipan.
Di syurga itu mereka memperoleh
buah-buahan
dan memperoleh apa saja yang
mereka inginkan.’
(Yasin:55-57)
Subhanallah. Indahnya syurga. Penguhuni syurga itu sibuk dengan
kesenangan. Allah Maha Penyayang,Allah ganjari hambanya yang beriman dan
bertakwa dengan ganjaran yang sangat indah^_^ tapi bagaimana nak jadi ahli
syurga?
‘Dan orang-orang yang beriman
dan mengerjakan kebajikan, sungguh , mereka akan Kami tempat di tempat-tempat yang
tinggi (di dalam syurga), yang mengalir dibawahnya sungai-sungai, mereka kekal
didalamnya. Itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang melakukan kebajikan,
(yaitu) orang-orang yang bersabar dan bertakwa kepada Tuhannya.’
Al-‘Ankabut:58&59
Allah akan tempatkan orang-orang beriman dan mengerjakan
kebajikan di dalam syurga yang indah itu. Antara ciri orang beriman yang
dinyatakan dalam Al-Quran adalah orang yang bersabar. Terdapat juga ciri yang
lain
‘Mereka yang beriman kepada
benda ghaib,
melaksanakan solat dan
menginfakkan
sebahagian rezekiyang Kami
berikan kepada mereka,’
Al-Baqarah :3
Beriman kepada perkara ghaib seperti syurga,nereka,pahala
dan dosa,menunaikan solat,bersedekah juga antara ciri orang beriman. Kenapa susah
sangat ciri-ciri orang beriman ini? Haruslah susah, syurga itu indah maka
kesusahan melakukan ketaatan kepada Allah adalah bayaran kepada syurga yang
indah itu. Tetapi jangan risau,kesusahan itu tidak akan jadi kesusahan apabila
kemanisan iman sudah dirasai. Nak jadi penghuni syurga tak? Jom improve iman!!
^_^
Thursday, 15 November 2012
GAZA 1.0
Tuesday, 13 November 2012
happy birthday cik MUSLIM tegar!!
hari ini cukuplah 19 tahun saya hidup di dunia...lama tu....actually sambut hari lahir nie bukan la semuanya happy. Banyak hal yang perlu dimuhasabahkan. Alhamdulillah, Allah bagi saya peluang untuk bernafas sehingga minit dan saat ini. Umur adalah nikmat Allah yang tak ternilai. Dalam sedar tak sedar,banyak lagi 'responsible' yang saya perlu selesaikan. Maikin banyak umur,makin banyak tanggungjawab terhadap diri,keluarga dan ummah. Semakin banyak umur semakin dengan saya dengan kematian,semakin kurang waktu untuk saya bertaubat dan beribadah. Peluh besar ==' .But whatever it is,life must go on. Selagi Allah bagi saya peluang hidup,saya perlu manfaatkan sebaiknya sebagai bekalan saya ke negeri Akhirat. Do more dakwah . Do more tarbiyyah. Aman tanpa perang. ^_^V
Monday, 12 November 2012
Jurnal Palestin Aku (part 1)
“Atiq,anda bersedia.Ini kali pertama anda ke sana,”aku
ditanya dengan soalan yang tiada jawapannya pada aku.
“Aku tidak punya pilihan. Ini takdir Allah untuk aku.
Lagipun inilah peluang untuk menggapai syahid dijalan-Nya,”aku menjawab tanpa
ragu.
“Anda sangat yakin. Bagaimana dengan keluarga anda?,”dia
bertanyakan soalan yang membuat aku terbayang wajah abi,ummi,zaujahku dan
anak-anakku.
“Izin mereka sudahku pinta. Mereka tidak membantah. Tambahan
ini adalah kewajipanku yang lebih besar,” balas aku ringkas.
“Semoga Allah merahmatimu,wahai mujahid,”katanya yang kagum
dengan semangatku.
Aku dilamar oleh seorang sahabatku untuk menjadi aktivis
dibahagian perubatan disana.Aku yang kebetulan pernah menyertai askar wataniah
sangat di alu-alukan untuk menyertai mereka.Ibarat orang mengantuk disorong
bantal,aku menerima tanpa kompromi tetapi dia menyuruh aku berbincaang dahulu
dengan abi,ummi dan zaujahku.
Ini kali pertama aku akan
menapak di bumi anbiya’ itu,bumi yang menjadi saksi mikraj,bumi dimana
terdapatnya kiblat pertama umat Islam.Aku sangat teruja untuk melangkah ke
sana,membantu saudaraku disana dan syahid disana,dengan izin Allah. Sebelum berangkat
ke Palestin, kami diberi latihan ketenteraan selama 6 bulan untuk menghadapi
pelbagai kemungkinan.
Aku membuat persiapan yang sangat rapi agar tidak ada
perkara penting yang tertinggal terutama mushaf kesayanganku dan jurnalku ini
supaya aku dapat catatkan detik-detik aku disana agar menjadi pengajaran buat
kalian.
Sebelum semua aktivis
yang berjumlah 30 orang termasuk aku melangkah ke dalam kapal yang kami berikan nama ‘kapal
Ansorullah’,kami solat sunat hajat bersama-sama agar Allah permudahkan
perjalanan kami. Saat doa dibacakan oleh Asri yang mengimamkan solat hajat
kami,terasa air mtaku menyentuh pipi.
“Ya Allah,redhailah kami,redhaikan kedua ibu bapa kami dan
redhailah perjalanan kami. Engkau yang paling memahami isi hati kami saat
ini,maka berilah kami ketenangan untuk tempuh jalan menuju redha-mu ini. Semoga
ini menjadi saham kami dihadapan-Mu kelak,”kedengaran suara Asri teresak-esak.
Inilah antara doanya yang membuat hatiku bergetar.
Aktivis-aktivis yang terdiri dari pakar daripada pelbagai
bidang seperti pakar pergigian,pakar psikologi,arkitek dan jurutera awam
bersama-sama melangkah masuk ke dalam kapal Ansorullah. Matlamat kami cuma
satu,berjuang demi Islam.
Ketika di atas kapal,kami masih melakukan
persediaan.Semestinya persediaan strategi dan iman. Walaupun strategi awal
sudah kami rancang untuk hadapi sebarang serangan daripada zionis tetapi kami
masih perlu melakukan persediaan akhir.
Solat fardhu berjemaah dan tazkirah selepas solat adalah hal
yang kami utamakan ketika berada di dalam kapal agar semangat kami terus
membara. Ada juga teman-teman seperjuangan yang hilang semangat untuk berjuang
dek terinagt keluarga yang ditinggalkan tetapi mereka tidak dibiarkan, aktivis
yang lain memberikan mereka kata-kata semangat.
Seorang pakar psikologi,Syed Ammar, berkata, “Bukan mudah
untuk terpilih menjadi tapisan terakhir mengikut tapisan Allah,malah ramai lagi
muslim yang sedang menunggu peluang menjadi tapisan terakhir. Ketahuilah bahawa
kita masih belum tapisan terakhir, disana nanti kita akan tahu siapa tapisan
terakhir yang paling berkualiti antara kita.”
Mendengar kata-katanya membuatkan aku semakin bersemangat
untuk menjadi tapisan terakhir mengikut tapisan Allah. Ketua aktivis,Ustaz
anuar meminta aku untuk berika kata-kata semangat pada sahabat
seperjuangan.Pada mulanya aku menolak atas alasan aku tidak layak,tetapi
selepas di pujuk,aku bersetuju.
Bergetar hatiku saat ingin mula berkata-kata, “Andai kita
syahid di jalan-Nya semestinya itulah yang terindah.Ketahuilah bahawa ibu,ayah,zaujah
dan anak-anak pasti berbangga saat mengetahui kita syahid dijalan-Nya,andai
tidak di dunia pastinya di akhirat kelak mak berbahagialah wahai para mujahid.
Takbir!,”
“ALLAHUAKBAR!,”semua yang sedang mendengar ucapanku
menyambut launganku dengan penuh semangat.
Kelihatan semua aktivis kembali bersemangat.
-MUSLIM tegar-
cerpen ni ingatan saya buat saudara di palestin.Masih ada sambungannya. May Allah ease^_^
Sunday, 11 November 2012
Rasa.
Bismillahirrahmanirrahim
Saya tak tahu kenapa tiba-tiba rasa ini menerjah. Rasa tidak layak untuk menyampaikan sedang diri sendiri masih merangkak. Masih mencari diri,masih jauh kebelakang dalam jalan ini. hmm...
Saturday, 10 November 2012
Jangan Tinggalkan Aku (Part 2 a.k.a final part)
Matanya tertumpu pada skrin LCD di hadapan. Gelak ketawa
teman-teman sekuliah yang sedang menonton video dipaparkan oleh pensyarah
seakan tidak kedengaran. Lamunan Tina tertumpu pada peristiwa pagi tadi.
Dia terjaga daripada tidur dek terdengar suara pelajar perempuan
yang bergerak untuk ke kuliah. Jam di tangan menunjukkan pukul 7. Amira tidak
kelihatan di dalam bilik. Biasanya,Amira akan mengejutkan dia daripada tidur untuk
solat subuh tetapi hari ini tidak.Malah,biasanya Amira akan ke kelas pada pukul
7.30 tetapi hari ini apabila dia ingin keluar ke bilik air, sandal Amira sudah
tidak kelihatan.Adakah Amira terasa hati dengan kata-kata dia pada malam
itu.Rasa bersalah menerjah ke dalam mindanya.
'Ah! Siapa suruh dia cari pasal dengan aku.Memang patutlah
aku marah dia,' monolog Tina sendirian.Ego.
Sebaik sahaja selesai makan tengahari bersama Balqis di
cafeteria,Tina pulang ke biliknya. Pintu bilik tidak berkunci, Tina melangkah
masuk. Susuk tubuh yang sedang berdiri mengadap kiblat diamati. Sekali lagi
Amira seakan-akan merajuk dengannya. Kebiasaannya Amira akan menunggu dia di
bilik untuk solat bersama tetapi kali ini tidak.
'Biarlah. Bagus pun. Tak ada lagi suara yang asyik ajak aku
sembahyang berjemaah,' monolog Tina dalam hati.
Ego ditebalkan.Namun sebenarnya
dia berasa bersalah dengan tindakkannya memarahi Amira. Amira tidak pernah
memaksa,hanya mengajak. Amira juga tidak pernah marah andai dia menolak ajakkan
Amira.
Usai berdoa selepas solat Zohor,Amira melipat sejadahnya dan
disangkut pada penyandar kerusi di meja belajarnya. Walaupun dia sedar Tina
berada didalam bilik tetapi dia tidak menyapa Tina seperti biasa. Beg yang
berisi buku untuk kuliah sesi petang dicapai dan dia terus keluar menuju ke
kuliah.
Sampah di dalam tong sampah melimpah.Lantai bilik terasa
berhabuk dan berpasir. Biasanya Amira yang membersihkan tong sampah dan menyapu lantai bilik mereka. Tina mula
merasakan Amira benar-benar merajuk dengannya.Kesunyian menerpa.Biasanya pada
malam hujung minggu pasti Amira bercerita kisah nabi-nabi padanya.Walaupun dia
tidak berminat untuk mendengar tetapi dipaksa jugak telinganya untuk menadah
kerana kasihan pada Amira. Dia mula merindui Amira.Sudah seminggu Amira tidak
bertegur sapa dengannya.
1 message received
Tina,jom lepak!
Sms dari Balqis dibiarkan sepi,dia tidak rasa seperti ingin
keluar dari bilik.Entah kenapa rasa bersalah yang teramat sangat menerjah
hatinya. Ya,Amira memang seorang yang baik. Jauh disudut hatinya,dia berasa
tenang setiap kali melihat Amira.Amira yang murah dengan senyuman. Cuma,dia
yang selalu mengabaikan senyuman Amira.
Kedengaran derapan tapak kasut dari luar bilik dan berhenti
di hadapan biliknya.Jam ditangan di menunjukkan pukul 8.30 malam.Itu pasti Amira.Tina
mengharap Amira akan mengajaknya solat isyak berjemaah memandangkan azan baru
sahaja berkumandang. Dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia mengharap
begitu sedangkan sebelum ini dia sering merunguti dan menolak ajakkan Amira.
Kedengaran suara Amira, “Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam,”Tina menjawab.
Amira terus merapati almarinya dan mengambil sesuatu dari
situ lalu melangkah kekuar dari bilik.
“Kau tak sembahyang ke?”Tina memecahkan kesunyian.
“Solat di surau,”jawab Amira ringkas
“Amira,kejap.”
“Kenapa?,”tanya Amira bersahaja.
“Erm…Aku nak minta maaf pasal hal minggu lepas tu,”Tina
mengumpul kekuatan untuk meminta maaf meskipun dia berasa sangat malu.
“Ye,”balas Amira.Amira terus nenuju ke tangga untuk turun ke
surau.
Tina dibiarkan terpinga-pinga.Tina terdiam. Seakan tidak percaya Amira hanya menjawab ya.Dia
berasa seakan-akan kehilangan Amira.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Tina,tengok tu,”Balqis menunjuk ke arah meja di hadapan
mereka.
“Hah,kenapa?,”tanya Tina kehairanan.
“Kau tak nampak ke? Alif senyum kat kau. Aku rasa dia syok
kat kau lah,”kata Balqis dengan terujanya.
Benar. Alif sedang memandang Tina sambil tesrenyum. Alif adalah
antara pelajar lelaki yang menjadi pujaan ramai pelajar perempuan dek kacak nya
wajahnya dan kepandaiannya mencairkan hati wanita. Seringkali Alif digosipkan
dengan beberapa pelajar perempuan.
“Kau tak payah nak merepek lah. Dia tu kasanova,”balas Tina.
Dia yang menyedari Alif memandangnya dari
tadi terus beredar dari meja tersebut.
Alif mengikut langkah Tina.
“Hai Tina,”Alif menyapa dari belakang.
Tanpa menoleh, Tina menjawab ringkas, “Hai.”
“Kenapa awak tak approve saya kat Facebook? Lama saya tunggu
awak approve tau,”tanya Alif.
Tina menghentikan langkahnya.
“Alif,tolong jangan ganggu aku. Aku tak berminat nak kawan
dengan kau walaupun kat facebook,”jawab
Tina dengan tegas. Tina melajukan langkahnya dan terus masuk ke kolej
kediaman Terai Kembang.
“Tak guna punya perempuan. Siaplah
kau,”sepasang mata memandang dari jauh.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sujud terakhirnya dinikmat. Pertama kali dia berasa sangat
nikmat sujud pada-Nya. Selama ini solatnya seperti burung mematuk batang
pokok,tidak sampai 5minit sudah selesai.
Usai solat,“Ya Allah,ampuni hamba-Mu yang hina ini,yang
selalu menjauhi Mu.Berikan aku peluang untuk perbaikan diriku dan perbetulan
kesalahan ku. Janganlah Kau biarkan aku tersasar di jalan yang hina.Tolongi aku
ya Allah. Sesungguhnya Kau lah sebaik-baik penolong.Aamiiin,” Tina menyapu
tangannya ke muka.Terasa pipinya basah.
Amira yang sedang membaca buku di atas katil dipandang. Hari
ini dia perlu bersemuka dengan Amira. Dia sudah tidak tahan lagi hidup dengan
rasa bersalah.
“Amira,semalam kau tidur di mana?,”Tina memulakan perbualan.
“Bilik Sofia,”jawab Amira ringkas.
“Kenapa tak tidur kat sini?,”Tina bertanya lagi
Amira membisu.
“Dah lama kau tak ajak aku solat sama-sama.Kau marah aku
lagi ke?,”Tina terus bertanya.
Amira masih membisu.Bacaannya diteruskan.
“Amira,jawablah,”Tina menegaskan suaranya.
Amira menutup buku, “Awak yang cakap tak payah sibuk hal
awak.Sekarang awak tanya saya?”
Amira terus keluar dari bilik. Barangkali ke bilik Sofia. Tina
terdiam,terasa ada cecair jernih keluar daripada matanya. Sebelum ini pernah sahaja
dia berkelahi dengan kawan-kawannya,tetapi ini pertama kali dia menitiskan air
mata apabila dilontarkan kata-kata seperti itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ana rasa enti tidak patut buat dia macam tu,”kata Sofia.
“Sofia,ana juga ada perasaan,”Amira mempertahankan
tindakannya.
“Tadi enti kata dia ada minta maaf,enti maafkan dia tak?”tanya
Sofia.
“Ana dah maafkan.”
“Tak. Enti belum maafkan dia.’
Amira memandang pelik.
“Kalau enti sudah maafkan dia,enti takkan buat di macam ini.
Dia juga manusia yang berhak diberi peluang. Siapa lagi nak dakwahi dia kalau
bukan enti? Enti nak tengok dia terus hanyut dengan dunia?,”Sofia sengaja menimbulkan
rasa bersalah dalam diri Amira.
Amira hanya membisu.
Usai mengemas almari,Sofia duduk disebelah Amira. Dia mendakap
bahu Amira.
“Amira yang ana kenal adalah Amira yang tak tahu erti putus
asa, Amira yang bersemangat mengajak orang lain kepada Allah dan Amira yang
cekal. Tina perlukan enti,”Sofia memujuk Amira
“In sha Allah,ana cuba yang terbaik. Doakan ana ye. Terima kasih
Sofia,”akhirnya Amira bersuara.
Kemudian,Amira ingin pulang ke bilik.Sofia ingin menghantar
dia ke biliknya tetapi Amira tidak mengizinkan. Dia tidak mahu menyusahkan
sahabatnya itu.Sofia tetap bertegas untuk menghantar Amira.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika berada di koridor yang menghubungkan blok kolej
kediaman yang didiami oleh Sofia dan Amira,mereka ternampak sekumpulan pelajar
perempuan seperti sedang bergaduh.Amira mengamati kumpulan tersebut,dia
terpandang Tina sedang dipukul oleh sekumpulan lagi pelajar perempuan.Balqis
yang tadi berdiri disisi Tina terus berlari menyelamatkan diri.
“Hei perempuan! Kenapa kau kacau Alif? Berapa kali aku dah
cakap yang Alif tu aku punya tapi kau masih jugak sibuk-sibuk nak dekat dengan
dia,”Arina menengking Tina.
“Aku tak kacau dia lah. Dia yang datang kat aku,”Tina
menjelaskan hal sebenar.
“Kau tak payah nak tipulah,tak mungkin Alif nak kat
perempuan yang buruk macam kau ni.Lainlah aku yang cantik ni,”kata Arina sambil
menolak rambut dibahunya ke belakang.
Arina dan kawan-kawannya mula memukul Tina.Mereka cuba
menarik tudung Tina. Tina cuba mempertahankan diri tetapi tidak berdaya kerana
dia seorang dan mereka bertiga. Amira dan Sofia yang nampak kejadian tersebut berlari
mendapatkan mereka.
“Lepaskan Tina,”Amira berkata dengan nada tegas.
Tetapi tidak dilayan.
“Aku kata lepaskan dia,”suara Amira semakin meninggi.
“Kalau tak,kami laporkan pada felo kolej,”Sofia menyampuk.
Arina dan kawan-kawannya melepaskan Tina dan berlalu dari
situ. Amira memdekati Tina lalu memeluk Tina. Tina membalas pelukkan Amira.
“Amira,jangan tinggalkan aku. Aku tahu aku banyak buat salah
kat kau. Aku minta maaf ye. Aku janji takkan buat lagi,”kata Amira sambil
teresak-esak.
“Ye. Saya takkan tinggalkan awak lagi. Saya pun nak minta
maaf sebab abaikan awak. Saya tahu sya tak patut buat macam tu,”balas Amira
sambil mengelap air mata Tina.
“Amira,tolong bimbing aku. Aku nak berubah. Aku nak jadi
macam kau dan Sofia,”kata Tina dengan penuh pengharapan.
“In sha Allah, saya akan tolong awak semampu saya,”balas
Amira.
“Ok.Ok.Kalau nak nangis,kita sambung kat bilik ya.Jom saya
hantar koramg balik bilik,”sampuk Sofia.
Amira dan Tina tergelak kecil.Mereka bertiga beriringan
pulang ke bilik Amira dan Tina. Amira berharap ini adalah titik mulanya
keakraban dia dan Tina.
-MUSLIM tegar-
semoga coretan ini memberi manfaat kepada yang membaca. Idea sedang membuak buak macam air dalam cerek kan dapur umah makcik melah.
Semoga Allah redha. Aamiiin.
Wednesday, 7 November 2012
Jangan Tinggalkan Aku (Part 1)
“Eeee.aku
rimaslah.Hari-hari budak tu ajak aku sembahyang jemaah.Sembahyang sendiri je
tak boleh ke?”Tina mengomel sendirian sambil berjalan menuju ke fakulti untuk
meneruskan kuliah pada waktu petang setelah habis waktu rehat tengahari
“Apa yang kau membebel sorang-sorang tu?”sapa Balqis dari
belakang.
“Roomate aku tu la,hari-hari nak ajak sembahyang
berjemaah.Katanya ganjarannya 27 kali darjat dari sembahyang
sorang-sorang.Kalau ye pun,tak payah lah hari-hari nak ajak aku,ajak la orang
lain pulak,”rungut Tina pada Balqis
“Kau nak suruh dia ajak siapa?Jin?Kat bilik tu kan ada kau
dengan dia je,sebab tulah dia ajak kau.Biasalah tu budak alim memang macam tu.”
“Aku pun tak fahamlah dia tu.Kadang-kadang rasa malas sangat
nak layan tapi kesian pulak,”rungut Tina lagi.
Sesampai sahaja di dewan kuliah.
“Sudahlah tu Tina.Tak payah nak serabutkan kepala pikir
tentang dia. Baik kau focus kat kuliah ptg ni.Malam ni ada konsert student
fakulti sastera,jom pergi tengok!Ada sorang mamat hensem ala Lee Min Hoo nyanyi
tau,”ajak Balqis dengan penuh teruja.
Tina tersenyum, “Jom!.”
Tina dan Balqis adalah teman sekelas ketika di bangku
sekolah dahulu dan mereka menyambung pengajian di ipta yang sama dan fakulti
yang sama.Balqis lah tempat Tina melepaskan rungutannya tentang rakan
sebiliknya,Amira.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
“Jangan lupa ya,malam ini ada bulatan gembira,”pesan Amira
pada Farah.
“Ish,mana boleh lupa event yang di tunggu-tunggu setiap
minggu,”balas Farah dengan wajah yang sangat gembira sambil menunjukkan tanda
aman.
Mereka bersalaman dan berlaga pipi.
“Ok,Farah,jumpa malam ini.Saya naik ke bilik dahulu.Assalammualaikum,”kata
Amira sambil melambaikan tangan pada Farah.
“Ok.Waalaikummussalam Amira,”Farah jugak melambaikan tangan.
Amira terus melangkah menaiki tangga ke tingkat 2 kolej
kediaman Seri Teratai Kembang menuju ke kamarnya.Sepanjang perjalanan itu,Amira
tidak lupa tentang hak seorang muslim ke atas muslim yang lain,dia memberi
salam kepada setiap pelajar perempuan yang berselisihan dengannya.Jika bertemu
sahabat yang rapat dengannya,dia pasti bertanya khabar.Ramai pelajar perempuan
di kolej kediaman Seri Teratai Kembang sangat menyenangi Amira kecuali Tina
yang tidak suka sikap Amira yang terlalu mengambil berat soal dirinya.
“Assalamualaikum,”Amira menjenguk ke dalam bilik.Kelihatan
Tina sedang baring di atas katil sambil membelek tabnya.Tina menjeling kearah
Amira,namun salam Amira tidak dijawab.Amira bersangka baik,mungkin dijawab
dalam hati.
“Tina,solat asar nanti kita solat bersama ye,”ajak Amira
sambil tersenyum.
“Aku nak tidur la.Kau sembahyang lah dulu,”balas Tina sambil
memalingkan mukanya ke arah dinding.
“Ok,kalau macam tu,Tina tidur dulu.Amira nak pergi
mandi,after Amira mandi.Amira kejut Tina.Kita solat sama-sama,”balas Amira
dengan penuh berharap.
“Yela,”Tina terus melelapkan matanya
Amira bergerak ke almarinya ,mengambil tualanya dan terus
keluar dari bilik untuk ke bilik air.Tina membuka matanya,dilihat Amira sudah
keluar dari bilik.
“Baik aku keluar sebelum dia balik,”monolog Tina.
Tina lantas bangun dari katilnya menuju ke almari,t-shirt
berlengan pendek dan seluar jeans disarung ke badan,kemudian tudung bawal
dipakai di kepala.Dia melangkah keluar dari bilik tanpa menutup pintu.Tina
mendail nombor telefon Balqis.
“Qis,kau kat mana?Aku tunggu kau kat kafe tau,”kata Tina pd
Balqis di telefon.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Kolam ikan yang jernih ditenung sedalam-dalamnya.Terbayang
semula apabila dia pulang dari bilik air,dilihat pintu bilik terbuka dan Tina
tiada di dalam bilik.kasut sandal yang selalu Tina pakai ketika hendak keluar
pun tiada.Sah lah,Tina sudah keluar.Sekali lagi dia gagal menawan hati rakan
sebiliknya.Hampa.Mengeluh.
“Orang Islam mana boleh mengeluh.Belum berjaya bukan
bermakna gagal,” kedengaran suara yang sangat dikenali.
Amira tersenyum melihat Sofia berdiri disisinya.
“Assalamualaikum,”Sofia memberi salam.
“Waalaikummussalam.Patutnya mula-mula datang tadi dah bagi
salam,”jawab Amira dengan nada bergurau.
“Ana dah bagi salam dah tadi,enti yang tak jawab.Yela,tenung
kolam tu macam nak tangkap ikan dalam kolam tu,”usik Sofia pada Amira.
Terkena.Amira hanya menjeling Sofia sambil tersenyum.
“Amira,enti kan muslim tegar.Takkan baru nak dakwahi
roommate sorang dah mengeluh kot.”
“Enti ni macam tahu saja apa yang ana tengah fikirkan,”Amira
tersenyum kelat
“Ana kenal enti.Kita kan sudah lama bersahabat dan kita
mulakan tarbiyah pun sama-sama.Ana tahu apa yang mengganggu fikiran enti sekarang.”
“Dah 3 bulan ana duduk sebilik dengan dia tapi sampai
sekarang ana tak berjaya nak dekati dia.Dah macam-macam cara ana buat tapi
masih tak berjaya,” luah Amira ada Sofia.Amira jarang meluahkan masalahnya pada
orang lain,dia hanya bercerita pada-Nya
kecuali jika dia sudah tidak lalu makan,mandi pun rasa seperti tidak
basah dan sudah rasa seperti sangat perlukan nasihat,barulah diceritakan pada
Sofia.
“Allah nilai usaha kita,bukan pencapaian kita.Berilah dia
masa,dia juga manusia yang perlukan masa untuk berubah macam kita dulu juga
kan?.”
Amira menggangguk sahaja.
“Tapi enti kena teruskan usaha lah.Jangan sesekali
tinggalkan dia sendirian.Percayalah suatu hari nanti dia pasti akan turut
bersama kita di jalan tarbiyah ni.Insya’Allah,”Sofia memberikan kata-kata
semangat kepada Amira.
“Insya’Allah.Ana cuba yang terbaik.Jazakillah khair
sahabat,”balas Amira.Lega rasanya sudah meluahkan bebanan perasaannya.Dia
sangat bersyukur pada Allah dikurniakan sahabat seindah Sofia.
“Afwan Amira,”Sofia lantas menarik tangan Amira,mengajak
Amira bersiar-siar sekitar kampus.
Setiba dihadapan kafeteria,Amira mengajak Sofia singgah di
kafeteria untuk membeli makanan untuk makan malam.Mereka menuju ke
cafeteria,kedengaran suara sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan bergelak
ketawa.Mata Amira tertumpu pada kumpulan peajar tersebut apabila melihat Tina
berada dalam kalangan mereka.Amira menggenggam tangan Sofia.Tina yang dari tadi rancak bergelak
ketawa terperasan Amira sedang melihat dia dari jauh terus terdiam.
“Amira,jom,”ajak Sofia yang tidak tahu apa yang sedang
dilihat Amira.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Amira terjaga dari tidurnya.Dibuka mata.Bilik terang
benderang.Jam di sebelah bantal menunjukkan pukul 11.00 p.m.
“Tina baru balik?,”tanya Amira apabila nampak Tina baru
masuk ke dalam bilik.
“Ye,”jawab Tina dengan nada malas.
“Tina dah solat?”tanya Amira lagi.
Tina menjeling Amira.
“Hei Amira!Kau tak payah sibuk hal aku boleh tak?Kau tu
bukan mak aku pun,sibuk nak ambil tahu aku dah sembahyang ke belum.Suka hati
aku lah.”tengking Tina.
Amira yang tadi mengantuk terus segar apabila mendengar Tina
meninggikan suaranya.
“Tina,saya cuma ambil berat tentang awak,”Amira masih
mengawal nada suaranya.
“Kubur lain-lain.Tak payah nak sibuk-sibuk ambil berat
tentang aku.Pandai lah aku jaga diri sendiri,”jawab Tina
“Sebab kubur lain-lain lah saya ambil berat tentang
awak.Dekat kubur nanti saya dah tak boleh nak ambil berat tentang awak dan
tolong awak,”Amira cuba memujuk Tina.
“Ah!ade aku kisah?Lepas ni tak payah nak sibuk-sibuk pasal
aku dah,”Tina terus menutup lampu bilik dan baring di atas katilnya.
Amira tergamam.
-MUSLIM tegar-
p/s -------> tunggu lah next part. ^_^
Sunday, 4 November 2012
Tautan Hati
'Novel Tautan Hati bertukar tangan.Aku tersenyum pada dia dan aku berlalu pulang ke asrama.Fuhh..tebal sungguh novel itu.Bilalah aku dapat membaca novel itu.Buku biology dan kimia pun aku tak khatam lagi,SPM dah dekat nie.'
Itulah alasan Diana apabila menerima novel karya Fatimah Syarha yang dipinjamkan oleh Nabila.Nabila berkenalan dengan Diana ketika di tingkatan 4.Mereka ditempatkan dalam kelas yang sama.Nabila yang merasakan ada keserasian antara mereka mula mendekati Diana.Kini mereka berteman rapat.Tidak.bukan setakat teman rapat.tetapi Nabila menyayangi Diana seperti dia menyayangi dirinya sendiri dan ingin ke syurga bersama Diana.Itulah yang Nabila sering katakan ketika mereka duduk bersembang sambil menghirup teh ais di kantin.
'Aku rase macam nak baca novel yang Nabila bagi la'
Setelah 2jam menelaah novel TH
'Ok.novel ni best.'
Diselang seling dengan buku kimia,Diana membaca novel Tautan Hati.Terasa keinsafan dalam hatinya.Cuba menghayati tarbiah Islam.
'Kan seronok dapat rasa suasana macam dalam novel nie.'
Rasa tinggal rasa.
…............................................................................................................................
Nabila mengetuk pintu bilik Diana tetapi tiada jawapan.Dipulas tombol pintu bilik itu.Tidak berkunci.Nabila melangkah masuk dan terus bergerak ke katil Diana.Digoncang perlahan badan Diana sambil memanggil nama si gadis yang sedang nyenyak tidur dan mengajaknya Qiamulail.
'ye.ye.aku bangun ni'
'Kacau orang tidur la dia ni.sekali sekala tak apa lagi,ni hari-hari.hisshh'(luah hati Diana)
Nabila berlalu keluar.Tersenyum.Nabila sangat penyabar,tidak pernah penat atau lelah mengajak Diana ke arah kebaikan.Walaupun responnya seringkali negatif.Sabar.
'Buku lagi.Macam tak best je.Macam buku lama.Malaslah nak baca.Nantilah.'
Itulah alasan Diana dalam hatinya setiap kali menerima buku-buku tarbiah dari Nabila.
…............................................................................................................................
Ada mesej!Ada mesej!Telefon bimbit Diana menjerit.
1 message received
Diana,aku dah jauh dari kau.Jaga diri ya.Aku selitkan nombor telefon seorang akhwat yang ada di kolej kau.Nanti kau contact dia ye.Usrah dengan dia ye.
Hmmm.
Diana mengeluh.
'Lagi.Macam-macam la dia ni.Ok.Ok.Aku cuba.'
…............................................................................................................................
Diana mula.cuba.Berjinak dengan tarbiah dikolej.Bersama Hazira dan Salina,sahabat sekelas ketika disekolah,Diana memulakan episod tarbiah di kolej itu.Bahagia.Walau sukar tetap ditempuh.Tak tahulah apa yang menggerakkan dia untuk terus berjalan meskipun tutorial,laporan makmal dan kuiz yang sering menghimpit.Terhimpit. Tapi dia terus berjalan.Syahadatul Haq yang disampaikan oleh murabbi tercinta,Kak Nur 'Adila dihayati.Ya,dia perlu terus berjalan.Tidak.Bukan hanya berjalan tetapi kadang-kadang perlu juga untuk pecut 100km/j.
Ok.Roomate.
'Assalamualaikum Warahmatullah.hmm.baru aku tahu betapa payahnya Nabila usaha ajak aku bertarbiah dulu.'
Kata-kata itu dilafazkan dalam hati saat melihat rakan sebiliknya lena dibuai mimpi.
'Aku juga perlu usaha macam Nabila buat untuk aku dulu.Inilah cara aku nak balas jasa Nabila dulu.Ajak mereka juga bersama aku.'
Terima kasih Nabila
Terima kasih Allah
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Dikarang saat teringat seorang sahabat yang jauh.Yang berusaha meniti titian tarbiah,mengajak saya.Semoga dia sihat-sihat sahaja dalam rahmat n kasih sayang Allah. Jzkk 'penglihatan yg mulia'
Juga tidak lupa buat kurakuralaju dan ketua Astri 2010 yg bersama saya meniti jalan sukar tapi indah ini d Kolej Mahu Pandai Kira..sayang kalian fillah!
Friday, 2 November 2012
Manisnyeeeeee^_^
Gula-gula
tu manis...madu itu manis...coklat itu manis...sirap itu manis..
Iman itu manis..
Ya,Iman
itu manis. Merasai kemanisan iman adalah satu nikmat yang idak dapat
digambarkan dengan kata-kata,kemanisan iman dapat dirasai dengan
meletakkan diri sebagai hamba kepada Allah.Ya,semua manusia adalah
hamba Allah tetapi adakah dia benar-benar merasakan diriya adalah
hamba kepada Allah.Sering kali manusia merasakan hatinya kosong
walaupun sudah memiliki segalanya di
dunia,harta,kekayaan,kecantikkan,darjat,bisa berseronok,menari di
kelab-kelab namun hatinya kosong walaupun sering dinafikan,percayalah
jauh disudut hati setiap manusia,dia mandambakan sesuatu yang lebih
bermakna berbanding segala yang ada di dunia...........Kemanisan Iman
Masalahnya,manusia
ini takut untuk mencari kemanisan iman kerana takut
diejek,dikeji,dikutuk manusia lain yang tidak berhati perut. Mengapa
pandangan manusia yang dilihat sedangkan yang dicari adalah lebih
besar dari itu?Sebenarnya,disekeliling manusia itu sendiri masih
ramai manusia lain yang ingin bersama-sama merasai kemanisan iman.Jom
rasai kemanisan iman!
Antara
Cara-caranya.
Tadabbur
Al-Quran-melazimi membaca Al-Quran dan maknanya ,dengan itu kita akan
pahami apa-apa yang Allah perintahkan dalam Al-Quran.
Zikir-rajin-rajin
berzikir akan membuatkan hati kita sentiasa mengingati Allah
Muhasabah-muhasabah diri atas perkara yang telah dilakukan dan bertaubat nasuha
Sahabat
soleh-mendekati sahabat yang soleh/solehah akan membuatkan kita
mencontohi sifat-sifat baik mereka
Ilmu-pergi
ke majlis ilmu,ceramah dan banyakkan membaca buku-buku yang
membangunkan semangat untuk merasai kemanisan iman
Kemanisan
iman ini hanya dapat dirasai dengan usaha yang gigih,doa yang
berpanjangan dan tawakal yang berterusan.Tetapi awas!!!!!!Ia tidak
akan dapat dicapai dengan seribu alasan.
Thursday, 1 November 2012
Why?why?why?
Pernah tak anda...anda???erm.....kita
la...pernah tak kita terfikir kenapa Allah ciptakan kita?
Kadang-kadang bila kita berfikir dan timbulnya persoalan seperti
ini...tapi jawapannya kita tak tahu..kan kan?
That is why we have to look baack to
our life manual...life manual??ada ke? Ada la.... Al-Quran dan hadith
la manual hidup kita...panduan hidup kita...nak guna rice cooker pun
ade manual,takkan hidup manusia yang lagi complicated ni tak ada
manualnya.
Rasulullah S.A.W tak tinggalkan harta
untuk umatnya..tapi Baginda tinggal 2 perkara...Al-Quran dan hadith
Baginda sebab 2 perkara nie la yang akan jadi panduan hidup kita..
Ok..ok...back to main question...Kenapa
Allah ciptakan manusia
Jom tengok surah Az-Zariyat,ayat 56
'Aku
tidak ciptakan manusia
dan
jin melainkan untuk mereka
beribadah
kepada Aku'
Jelas sekali Allah ciptakan
kita supaya kita beribadah kepadaNya... Lakukan suruhanNya dan
tinggalkan laranganNya(amar makruf,nahi munkar)
Tapi kita sering ambil
ringan hal ini
“Ala....Aku muda lagi
la...enjoy dulu...dah tua nnt bru la taubat....”
'Dan
Allah tidak akan menundakan(kematian) seseorang
apabila
waktu kematiannya telah datang.
Dan
Allah Maha Teliti terhadap
apa
yang kamu kerjakan'
Al-Munafiqun:11
Kematian 2 tidak kira muda
atau tua..jadi kita haruslah buat persediaan dari sekarang...
Jom sama-sama berubah kearah
kebaikan...improve iman dan ibadah...May Allah ease..
'Baginya
(manusia) ada malaikat-malaikat
yang
selalu menjaganya bergiliran,dari depan dan
dari
belakangnya. Mereka menjaga atas perintah Allah.
Sesungguhnya
Allah tidak akan mengubah keadaan ssuatu kaum
sebelum
mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
Dan
apabila Allah meghendaaki keburukan terhadap sesuatu kaum,
maka
tak ada dapat menolaknya
dan
tidak ada pelindung baagi mereka selain Allah'
Ar-Ra'd:11
Tuesday, 30 October 2012
Bulatan Gumbira^^
bulatan gumbira a.k.a halaqah a.k.a usrah a.k.a interaksi dinamik n so on..
ok...nak share ttg bulatan gumbira saya lah....
Name lg bultan gumbiraa kan,so mestilah semua orang dalam bulatan tuu mmg happy go lucky kan^^.waktu skola dlu pun dah biase dgr perkataan usrah nie...tp cam belum interesting lg...coz xtaw ape impaknye dalam kehidupan...then after spm,saye n sahabat2 gather n sorang sahabat berpesan supaya cari bulatan gumbira di ipt nnt...sy pegang pesanan dia tuu..Alhamdulillah..Allah mudahkan jalan saya..waktu di ipt,sahabat ex-skoolmate ajak berbulatan gumbira...mmg excited sgt time 2...nak taw ape ade dalam bulatan gumbira nie..dimulai dgan cume 4 org ahli dan seorang murabbi yg super dupper osem..kami pun ber bulatan gumbira setiap minggu...mula2 saaya ingatkan usrah nie serius...rupanya saantai je...murabbi siap sediakan juadah lagi..heee...
Tapi mmg banyak dugaan nak buat perkara baik nie...hasutan syaitan...'rase malas la nak g usrah' atau pun 'tutorial n pre lec xsiap lg nie...camne nie??kalo g usrah rasenye x sempat nak siap...esok dah nak hantar'...2la antara godaan kemalasan yang saya hadapi..belum lg tetiba usrah clash ngan tutorial...banyak banyak...tapi saye g jugak bulatan gumbira..lame lame rase sayang sangat nak skip bulatan gumbira nie...rase rugi kalau x pergi...di situ tambah ilmu..di situ kami berukhwah..bersenda gurau..sharing and caring..dari 4 org...kami berkembang sampai akhir sesi bulatan gumbira d ipt saya tuu ada 19 org ahli dan bulatan gumbira di kelola oleh dua orang murabbi yang supper dupper osem..
ok...nak share ttg bulatan gumbira saya lah....
Name lg bultan gumbiraa kan,so mestilah semua orang dalam bulatan tuu mmg happy go lucky kan^^.waktu skola dlu pun dah biase dgr perkataan usrah nie...tp cam belum interesting lg...coz xtaw ape impaknye dalam kehidupan...then after spm,saye n sahabat2 gather n sorang sahabat berpesan supaya cari bulatan gumbira di ipt nnt...sy pegang pesanan dia tuu..Alhamdulillah..Allah mudahkan jalan saya..waktu di ipt,sahabat ex-skoolmate ajak berbulatan gumbira...mmg excited sgt time 2...nak taw ape ade dalam bulatan gumbira nie..dimulai dgan cume 4 org ahli dan seorang murabbi yg super dupper osem..kami pun ber bulatan gumbira setiap minggu...mula2 saaya ingatkan usrah nie serius...rupanya saantai je...murabbi siap sediakan juadah lagi..heee...
Tapi mmg banyak dugaan nak buat perkara baik nie...hasutan syaitan...'rase malas la nak g usrah' atau pun 'tutorial n pre lec xsiap lg nie...camne nie??kalo g usrah rasenye x sempat nak siap...esok dah nak hantar'...2la antara godaan kemalasan yang saya hadapi..belum lg tetiba usrah clash ngan tutorial...banyak banyak...tapi saye g jugak bulatan gumbira..lame lame rase sayang sangat nak skip bulatan gumbira nie...rase rugi kalau x pergi...di situ tambah ilmu..di situ kami berukhwah..bersenda gurau..sharing and caring..dari 4 org...kami berkembang sampai akhir sesi bulatan gumbira d ipt saya tuu ada 19 org ahli dan bulatan gumbira di kelola oleh dua orang murabbi yang supper dupper osem..
Act..banyak lagi benda best dalam bulatan gumbira nie...kalau nak tahu...kena joinlah!!^^
Subscribe to:
Posts (Atom)