“Atiq,anda bersedia.Ini kali pertama anda ke sana,”aku
ditanya dengan soalan yang tiada jawapannya pada aku.
“Aku tidak punya pilihan. Ini takdir Allah untuk aku.
Lagipun inilah peluang untuk menggapai syahid dijalan-Nya,”aku menjawab tanpa
ragu.
“Anda sangat yakin. Bagaimana dengan keluarga anda?,”dia
bertanyakan soalan yang membuat aku terbayang wajah abi,ummi,zaujahku dan
anak-anakku.
“Izin mereka sudahku pinta. Mereka tidak membantah. Tambahan
ini adalah kewajipanku yang lebih besar,” balas aku ringkas.
“Semoga Allah merahmatimu,wahai mujahid,”katanya yang kagum
dengan semangatku.
Aku dilamar oleh seorang sahabatku untuk menjadi aktivis
dibahagian perubatan disana.Aku yang kebetulan pernah menyertai askar wataniah
sangat di alu-alukan untuk menyertai mereka.Ibarat orang mengantuk disorong
bantal,aku menerima tanpa kompromi tetapi dia menyuruh aku berbincaang dahulu
dengan abi,ummi dan zaujahku.
Ini kali pertama aku akan
menapak di bumi anbiya’ itu,bumi yang menjadi saksi mikraj,bumi dimana
terdapatnya kiblat pertama umat Islam.Aku sangat teruja untuk melangkah ke
sana,membantu saudaraku disana dan syahid disana,dengan izin Allah. Sebelum berangkat
ke Palestin, kami diberi latihan ketenteraan selama 6 bulan untuk menghadapi
pelbagai kemungkinan.
Aku membuat persiapan yang sangat rapi agar tidak ada
perkara penting yang tertinggal terutama mushaf kesayanganku dan jurnalku ini
supaya aku dapat catatkan detik-detik aku disana agar menjadi pengajaran buat
kalian.
Sebelum semua aktivis
yang berjumlah 30 orang termasuk aku melangkah ke dalam kapal yang kami berikan nama ‘kapal
Ansorullah’,kami solat sunat hajat bersama-sama agar Allah permudahkan
perjalanan kami. Saat doa dibacakan oleh Asri yang mengimamkan solat hajat
kami,terasa air mtaku menyentuh pipi.
“Ya Allah,redhailah kami,redhaikan kedua ibu bapa kami dan
redhailah perjalanan kami. Engkau yang paling memahami isi hati kami saat
ini,maka berilah kami ketenangan untuk tempuh jalan menuju redha-mu ini. Semoga
ini menjadi saham kami dihadapan-Mu kelak,”kedengaran suara Asri teresak-esak.
Inilah antara doanya yang membuat hatiku bergetar.
Aktivis-aktivis yang terdiri dari pakar daripada pelbagai
bidang seperti pakar pergigian,pakar psikologi,arkitek dan jurutera awam
bersama-sama melangkah masuk ke dalam kapal Ansorullah. Matlamat kami cuma
satu,berjuang demi Islam.
Ketika di atas kapal,kami masih melakukan
persediaan.Semestinya persediaan strategi dan iman. Walaupun strategi awal
sudah kami rancang untuk hadapi sebarang serangan daripada zionis tetapi kami
masih perlu melakukan persediaan akhir.
Solat fardhu berjemaah dan tazkirah selepas solat adalah hal
yang kami utamakan ketika berada di dalam kapal agar semangat kami terus
membara. Ada juga teman-teman seperjuangan yang hilang semangat untuk berjuang
dek terinagt keluarga yang ditinggalkan tetapi mereka tidak dibiarkan, aktivis
yang lain memberikan mereka kata-kata semangat.
Seorang pakar psikologi,Syed Ammar, berkata, “Bukan mudah
untuk terpilih menjadi tapisan terakhir mengikut tapisan Allah,malah ramai lagi
muslim yang sedang menunggu peluang menjadi tapisan terakhir. Ketahuilah bahawa
kita masih belum tapisan terakhir, disana nanti kita akan tahu siapa tapisan
terakhir yang paling berkualiti antara kita.”
Mendengar kata-katanya membuatkan aku semakin bersemangat
untuk menjadi tapisan terakhir mengikut tapisan Allah. Ketua aktivis,Ustaz
anuar meminta aku untuk berika kata-kata semangat pada sahabat
seperjuangan.Pada mulanya aku menolak atas alasan aku tidak layak,tetapi
selepas di pujuk,aku bersetuju.
Bergetar hatiku saat ingin mula berkata-kata, “Andai kita
syahid di jalan-Nya semestinya itulah yang terindah.Ketahuilah bahawa ibu,ayah,zaujah
dan anak-anak pasti berbangga saat mengetahui kita syahid dijalan-Nya,andai
tidak di dunia pastinya di akhirat kelak mak berbahagialah wahai para mujahid.
Takbir!,”
“ALLAHUAKBAR!,”semua yang sedang mendengar ucapanku
menyambut launganku dengan penuh semangat.
Kelihatan semua aktivis kembali bersemangat.
-MUSLIM tegar-
cerpen ni ingatan saya buat saudara di palestin.Masih ada sambungannya. May Allah ease^_^
No comments:
Post a Comment