Matanya tertumpu pada skrin LCD di hadapan. Gelak ketawa
teman-teman sekuliah yang sedang menonton video dipaparkan oleh pensyarah
seakan tidak kedengaran. Lamunan Tina tertumpu pada peristiwa pagi tadi.
Dia terjaga daripada tidur dek terdengar suara pelajar perempuan
yang bergerak untuk ke kuliah. Jam di tangan menunjukkan pukul 7. Amira tidak
kelihatan di dalam bilik. Biasanya,Amira akan mengejutkan dia daripada tidur untuk
solat subuh tetapi hari ini tidak.Malah,biasanya Amira akan ke kelas pada pukul
7.30 tetapi hari ini apabila dia ingin keluar ke bilik air, sandal Amira sudah
tidak kelihatan.Adakah Amira terasa hati dengan kata-kata dia pada malam
itu.Rasa bersalah menerjah ke dalam mindanya.
'Ah! Siapa suruh dia cari pasal dengan aku.Memang patutlah
aku marah dia,' monolog Tina sendirian.Ego.
Sebaik sahaja selesai makan tengahari bersama Balqis di
cafeteria,Tina pulang ke biliknya. Pintu bilik tidak berkunci, Tina melangkah
masuk. Susuk tubuh yang sedang berdiri mengadap kiblat diamati. Sekali lagi
Amira seakan-akan merajuk dengannya. Kebiasaannya Amira akan menunggu dia di
bilik untuk solat bersama tetapi kali ini tidak.
'Biarlah. Bagus pun. Tak ada lagi suara yang asyik ajak aku
sembahyang berjemaah,' monolog Tina dalam hati.
Ego ditebalkan.Namun sebenarnya
dia berasa bersalah dengan tindakkannya memarahi Amira. Amira tidak pernah
memaksa,hanya mengajak. Amira juga tidak pernah marah andai dia menolak ajakkan
Amira.
Usai berdoa selepas solat Zohor,Amira melipat sejadahnya dan
disangkut pada penyandar kerusi di meja belajarnya. Walaupun dia sedar Tina
berada didalam bilik tetapi dia tidak menyapa Tina seperti biasa. Beg yang
berisi buku untuk kuliah sesi petang dicapai dan dia terus keluar menuju ke
kuliah.
Sampah di dalam tong sampah melimpah.Lantai bilik terasa
berhabuk dan berpasir. Biasanya Amira yang membersihkan tong sampah dan menyapu lantai bilik mereka. Tina mula
merasakan Amira benar-benar merajuk dengannya.Kesunyian menerpa.Biasanya pada
malam hujung minggu pasti Amira bercerita kisah nabi-nabi padanya.Walaupun dia
tidak berminat untuk mendengar tetapi dipaksa jugak telinganya untuk menadah
kerana kasihan pada Amira. Dia mula merindui Amira.Sudah seminggu Amira tidak
bertegur sapa dengannya.
1 message received
Tina,jom lepak!
Sms dari Balqis dibiarkan sepi,dia tidak rasa seperti ingin
keluar dari bilik.Entah kenapa rasa bersalah yang teramat sangat menerjah
hatinya. Ya,Amira memang seorang yang baik. Jauh disudut hatinya,dia berasa
tenang setiap kali melihat Amira.Amira yang murah dengan senyuman. Cuma,dia
yang selalu mengabaikan senyuman Amira.
Kedengaran derapan tapak kasut dari luar bilik dan berhenti
di hadapan biliknya.Jam ditangan di menunjukkan pukul 8.30 malam.Itu pasti Amira.Tina
mengharap Amira akan mengajaknya solat isyak berjemaah memandangkan azan baru
sahaja berkumandang. Dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan dia mengharap
begitu sedangkan sebelum ini dia sering merunguti dan menolak ajakkan Amira.
Kedengaran suara Amira, “Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam,”Tina menjawab.
Amira terus merapati almarinya dan mengambil sesuatu dari
situ lalu melangkah kekuar dari bilik.
“Kau tak sembahyang ke?”Tina memecahkan kesunyian.
“Solat di surau,”jawab Amira ringkas
“Amira,kejap.”
“Kenapa?,”tanya Amira bersahaja.
“Erm…Aku nak minta maaf pasal hal minggu lepas tu,”Tina
mengumpul kekuatan untuk meminta maaf meskipun dia berasa sangat malu.
“Ye,”balas Amira.Amira terus nenuju ke tangga untuk turun ke
surau.
Tina dibiarkan terpinga-pinga.Tina terdiam. Seakan tidak percaya Amira hanya menjawab ya.Dia
berasa seakan-akan kehilangan Amira.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Tina,tengok tu,”Balqis menunjuk ke arah meja di hadapan
mereka.
“Hah,kenapa?,”tanya Tina kehairanan.
“Kau tak nampak ke? Alif senyum kat kau. Aku rasa dia syok
kat kau lah,”kata Balqis dengan terujanya.
Benar. Alif sedang memandang Tina sambil tesrenyum. Alif adalah
antara pelajar lelaki yang menjadi pujaan ramai pelajar perempuan dek kacak nya
wajahnya dan kepandaiannya mencairkan hati wanita. Seringkali Alif digosipkan
dengan beberapa pelajar perempuan.
“Kau tak payah nak merepek lah. Dia tu kasanova,”balas Tina.
Dia yang menyedari Alif memandangnya dari
tadi terus beredar dari meja tersebut.
Alif mengikut langkah Tina.
“Hai Tina,”Alif menyapa dari belakang.
Tanpa menoleh, Tina menjawab ringkas, “Hai.”
“Kenapa awak tak approve saya kat Facebook? Lama saya tunggu
awak approve tau,”tanya Alif.
Tina menghentikan langkahnya.
“Alif,tolong jangan ganggu aku. Aku tak berminat nak kawan
dengan kau walaupun kat facebook,”jawab
Tina dengan tegas. Tina melajukan langkahnya dan terus masuk ke kolej
kediaman Terai Kembang.
“Tak guna punya perempuan. Siaplah
kau,”sepasang mata memandang dari jauh.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sujud terakhirnya dinikmat. Pertama kali dia berasa sangat
nikmat sujud pada-Nya. Selama ini solatnya seperti burung mematuk batang
pokok,tidak sampai 5minit sudah selesai.
Usai solat,“Ya Allah,ampuni hamba-Mu yang hina ini,yang
selalu menjauhi Mu.Berikan aku peluang untuk perbaikan diriku dan perbetulan
kesalahan ku. Janganlah Kau biarkan aku tersasar di jalan yang hina.Tolongi aku
ya Allah. Sesungguhnya Kau lah sebaik-baik penolong.Aamiiin,” Tina menyapu
tangannya ke muka.Terasa pipinya basah.
Amira yang sedang membaca buku di atas katil dipandang. Hari
ini dia perlu bersemuka dengan Amira. Dia sudah tidak tahan lagi hidup dengan
rasa bersalah.
“Amira,semalam kau tidur di mana?,”Tina memulakan perbualan.
“Bilik Sofia,”jawab Amira ringkas.
“Kenapa tak tidur kat sini?,”Tina bertanya lagi
Amira membisu.
“Dah lama kau tak ajak aku solat sama-sama.Kau marah aku
lagi ke?,”Tina terus bertanya.
Amira masih membisu.Bacaannya diteruskan.
“Amira,jawablah,”Tina menegaskan suaranya.
Amira menutup buku, “Awak yang cakap tak payah sibuk hal
awak.Sekarang awak tanya saya?”
Amira terus keluar dari bilik. Barangkali ke bilik Sofia. Tina
terdiam,terasa ada cecair jernih keluar daripada matanya. Sebelum ini pernah sahaja
dia berkelahi dengan kawan-kawannya,tetapi ini pertama kali dia menitiskan air
mata apabila dilontarkan kata-kata seperti itu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
“Ana rasa enti tidak patut buat dia macam tu,”kata Sofia.
“Sofia,ana juga ada perasaan,”Amira mempertahankan
tindakannya.
“Tadi enti kata dia ada minta maaf,enti maafkan dia tak?”tanya
Sofia.
“Ana dah maafkan.”
“Tak. Enti belum maafkan dia.’
Amira memandang pelik.
“Kalau enti sudah maafkan dia,enti takkan buat di macam ini.
Dia juga manusia yang berhak diberi peluang. Siapa lagi nak dakwahi dia kalau
bukan enti? Enti nak tengok dia terus hanyut dengan dunia?,”Sofia sengaja menimbulkan
rasa bersalah dalam diri Amira.
Amira hanya membisu.
Usai mengemas almari,Sofia duduk disebelah Amira. Dia mendakap
bahu Amira.
“Amira yang ana kenal adalah Amira yang tak tahu erti putus
asa, Amira yang bersemangat mengajak orang lain kepada Allah dan Amira yang
cekal. Tina perlukan enti,”Sofia memujuk Amira
“In sha Allah,ana cuba yang terbaik. Doakan ana ye. Terima kasih
Sofia,”akhirnya Amira bersuara.
Kemudian,Amira ingin pulang ke bilik.Sofia ingin menghantar
dia ke biliknya tetapi Amira tidak mengizinkan. Dia tidak mahu menyusahkan
sahabatnya itu.Sofia tetap bertegas untuk menghantar Amira.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ketika berada di koridor yang menghubungkan blok kolej
kediaman yang didiami oleh Sofia dan Amira,mereka ternampak sekumpulan pelajar
perempuan seperti sedang bergaduh.Amira mengamati kumpulan tersebut,dia
terpandang Tina sedang dipukul oleh sekumpulan lagi pelajar perempuan.Balqis
yang tadi berdiri disisi Tina terus berlari menyelamatkan diri.
“Hei perempuan! Kenapa kau kacau Alif? Berapa kali aku dah
cakap yang Alif tu aku punya tapi kau masih jugak sibuk-sibuk nak dekat dengan
dia,”Arina menengking Tina.
“Aku tak kacau dia lah. Dia yang datang kat aku,”Tina
menjelaskan hal sebenar.
“Kau tak payah nak tipulah,tak mungkin Alif nak kat
perempuan yang buruk macam kau ni.Lainlah aku yang cantik ni,”kata Arina sambil
menolak rambut dibahunya ke belakang.
Arina dan kawan-kawannya mula memukul Tina.Mereka cuba
menarik tudung Tina. Tina cuba mempertahankan diri tetapi tidak berdaya kerana
dia seorang dan mereka bertiga. Amira dan Sofia yang nampak kejadian tersebut berlari
mendapatkan mereka.
“Lepaskan Tina,”Amira berkata dengan nada tegas.
Tetapi tidak dilayan.
“Aku kata lepaskan dia,”suara Amira semakin meninggi.
“Kalau tak,kami laporkan pada felo kolej,”Sofia menyampuk.
Arina dan kawan-kawannya melepaskan Tina dan berlalu dari
situ. Amira memdekati Tina lalu memeluk Tina. Tina membalas pelukkan Amira.
“Amira,jangan tinggalkan aku. Aku tahu aku banyak buat salah
kat kau. Aku minta maaf ye. Aku janji takkan buat lagi,”kata Amira sambil
teresak-esak.
“Ye. Saya takkan tinggalkan awak lagi. Saya pun nak minta
maaf sebab abaikan awak. Saya tahu sya tak patut buat macam tu,”balas Amira
sambil mengelap air mata Tina.
“Amira,tolong bimbing aku. Aku nak berubah. Aku nak jadi
macam kau dan Sofia,”kata Tina dengan penuh pengharapan.
“In sha Allah, saya akan tolong awak semampu saya,”balas
Amira.
“Ok.Ok.Kalau nak nangis,kita sambung kat bilik ya.Jom saya
hantar koramg balik bilik,”sampuk Sofia.
Amira dan Tina tergelak kecil.Mereka bertiga beriringan
pulang ke bilik Amira dan Tina. Amira berharap ini adalah titik mulanya
keakraban dia dan Tina.
-MUSLIM tegar-
semoga coretan ini memberi manfaat kepada yang membaca. Idea sedang membuak buak macam air dalam cerek kan dapur umah makcik melah.
Semoga Allah redha. Aamiiin.
Alhamdulillah..
ReplyDelete(n_n).