Wednesday 7 November 2012

Jangan Tinggalkan Aku (Part 1)


 “Eeee.aku rimaslah.Hari-hari budak tu ajak aku sembahyang jemaah.Sembahyang sendiri je tak boleh ke?”Tina mengomel sendirian sambil berjalan menuju ke fakulti untuk meneruskan kuliah pada waktu petang setelah habis waktu rehat tengahari

“Apa yang kau membebel sorang-sorang tu?”sapa Balqis dari belakang.
“Roomate aku tu la,hari-hari nak ajak sembahyang berjemaah.Katanya ganjarannya 27 kali darjat dari sembahyang sorang-sorang.Kalau ye pun,tak payah lah hari-hari nak ajak aku,ajak la orang lain pulak,”rungut Tina pada Balqis

“Kau nak suruh dia ajak siapa?Jin?Kat bilik tu kan ada kau dengan dia je,sebab tulah dia ajak kau.Biasalah tu budak alim memang macam tu.”

“Aku pun tak fahamlah dia tu.Kadang-kadang rasa malas sangat nak layan tapi kesian pulak,”rungut Tina lagi.

Sesampai sahaja di dewan kuliah.

“Sudahlah tu Tina.Tak payah nak serabutkan kepala pikir tentang dia. Baik kau focus kat kuliah ptg ni.Malam ni ada konsert student fakulti sastera,jom pergi tengok!Ada sorang mamat hensem ala Lee Min Hoo nyanyi tau,”ajak Balqis dengan penuh teruja.

Tina tersenyum, “Jom!.”

Tina dan Balqis adalah teman sekelas ketika di bangku sekolah dahulu dan mereka menyambung pengajian di ipta yang sama dan fakulti yang sama.Balqis lah tempat Tina melepaskan rungutannya tentang rakan sebiliknya,Amira.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


“Jangan lupa ya,malam ini ada bulatan gembira,”pesan Amira pada Farah.

“Ish,mana boleh lupa event yang di tunggu-tunggu setiap minggu,”balas Farah dengan wajah yang sangat gembira sambil menunjukkan tanda aman.

Mereka bersalaman dan berlaga pipi.

“Ok,Farah,jumpa malam ini.Saya naik ke bilik dahulu.Assalammualaikum,”kata Amira sambil melambaikan tangan pada Farah.

“Ok.Waalaikummussalam Amira,”Farah jugak melambaikan tangan.

Amira terus melangkah menaiki tangga ke tingkat 2 kolej kediaman Seri Teratai Kembang menuju ke kamarnya.Sepanjang perjalanan itu,Amira tidak lupa tentang hak seorang muslim ke atas muslim yang lain,dia memberi salam kepada setiap pelajar perempuan yang berselisihan dengannya.Jika bertemu sahabat yang rapat dengannya,dia pasti bertanya khabar.Ramai pelajar perempuan di kolej kediaman Seri Teratai Kembang sangat menyenangi Amira kecuali Tina yang tidak suka sikap Amira yang terlalu mengambil berat soal dirinya.

“Assalamualaikum,”Amira menjenguk ke dalam bilik.Kelihatan Tina sedang baring di atas katil sambil membelek tabnya.Tina menjeling kearah Amira,namun salam Amira tidak dijawab.Amira bersangka baik,mungkin dijawab dalam hati.

“Tina,solat asar nanti kita solat bersama ye,”ajak Amira sambil tersenyum.

“Aku nak tidur la.Kau sembahyang lah dulu,”balas Tina sambil memalingkan mukanya ke arah dinding.

“Ok,kalau macam tu,Tina tidur dulu.Amira nak pergi mandi,after Amira mandi.Amira kejut Tina.Kita solat sama-sama,”balas Amira dengan penuh berharap.

“Yela,”Tina terus melelapkan matanya

Amira bergerak ke almarinya ,mengambil tualanya dan terus keluar dari bilik untuk ke bilik air.Tina membuka matanya,dilihat Amira sudah keluar dari bilik.

“Baik aku keluar sebelum dia balik,”monolog Tina.

Tina lantas bangun dari katilnya menuju ke almari,t-shirt berlengan pendek dan seluar jeans disarung ke badan,kemudian tudung bawal dipakai di kepala.Dia melangkah keluar dari bilik tanpa menutup pintu.Tina mendail nombor telefon Balqis.

“Qis,kau kat mana?Aku tunggu kau kat kafe tau,”kata Tina pd Balqis di telefon.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Kolam ikan yang jernih ditenung sedalam-dalamnya.Terbayang semula apabila dia pulang dari bilik air,dilihat pintu bilik terbuka dan Tina tiada di dalam bilik.kasut sandal yang selalu Tina pakai ketika hendak keluar pun tiada.Sah lah,Tina sudah keluar.Sekali lagi dia gagal menawan hati rakan sebiliknya.Hampa.Mengeluh.

“Orang Islam mana boleh mengeluh.Belum berjaya bukan bermakna gagal,” kedengaran suara yang sangat dikenali.

Amira tersenyum melihat Sofia berdiri disisinya.

“Assalamualaikum,”Sofia memberi salam.

“Waalaikummussalam.Patutnya mula-mula datang tadi dah bagi salam,”jawab Amira dengan nada bergurau.

“Ana dah bagi salam dah tadi,enti yang tak jawab.Yela,tenung kolam tu macam nak tangkap ikan dalam kolam tu,”usik Sofia pada Amira.

Terkena.Amira hanya menjeling Sofia sambil tersenyum.

“Amira,enti kan muslim tegar.Takkan baru nak dakwahi roommate sorang dah mengeluh kot.”

“Enti ni macam tahu saja apa yang ana tengah fikirkan,”Amira tersenyum kelat

“Ana kenal enti.Kita kan sudah lama bersahabat dan kita mulakan tarbiyah pun sama-sama.Ana tahu apa yang  mengganggu fikiran enti sekarang.”

“Dah 3 bulan ana duduk sebilik dengan dia tapi sampai sekarang ana tak berjaya nak dekati dia.Dah macam-macam cara ana buat tapi masih tak berjaya,” luah Amira ada Sofia.Amira jarang meluahkan masalahnya pada orang lain,dia hanya bercerita pada-Nya  kecuali jika dia sudah tidak lalu makan,mandi pun rasa seperti tidak basah dan sudah rasa seperti sangat perlukan nasihat,barulah diceritakan pada Sofia.

“Allah nilai usaha kita,bukan pencapaian kita.Berilah dia masa,dia juga manusia yang perlukan masa untuk berubah macam kita dulu juga kan?.”

Amira menggangguk sahaja.

“Tapi enti kena teruskan usaha lah.Jangan sesekali tinggalkan dia sendirian.Percayalah suatu hari nanti dia pasti akan turut bersama kita di jalan tarbiyah ni.Insya’Allah,”Sofia memberikan kata-kata semangat kepada Amira.

“Insya’Allah.Ana cuba yang terbaik.Jazakillah khair sahabat,”balas Amira.Lega rasanya sudah meluahkan bebanan perasaannya.Dia sangat bersyukur pada Allah dikurniakan sahabat seindah Sofia.

“Afwan Amira,”Sofia lantas menarik tangan Amira,mengajak Amira bersiar-siar sekitar kampus.

Setiba dihadapan kafeteria,Amira mengajak Sofia singgah di kafeteria untuk membeli makanan untuk makan malam.Mereka menuju ke cafeteria,kedengaran suara sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan bergelak ketawa.Mata Amira tertumpu pada kumpulan peajar tersebut apabila melihat Tina berada dalam kalangan mereka.Amira menggenggam tangan  Sofia.Tina yang dari tadi rancak bergelak ketawa terperasan Amira sedang melihat dia dari jauh terus terdiam.

“Amira,jom,”ajak Sofia yang tidak tahu apa yang sedang dilihat Amira.


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX


Amira terjaga dari tidurnya.Dibuka mata.Bilik terang benderang.Jam di sebelah bantal menunjukkan pukul 11.00 p.m.

“Tina baru balik?,”tanya Amira apabila nampak Tina baru masuk ke dalam bilik.

“Ye,”jawab Tina dengan nada malas.

“Tina dah solat?”tanya Amira lagi.

Tina menjeling Amira.

“Hei Amira!Kau tak payah sibuk hal aku boleh tak?Kau tu bukan mak aku pun,sibuk nak ambil tahu aku dah sembahyang ke belum.Suka hati aku lah.”tengking Tina.

Amira yang tadi mengantuk terus segar apabila mendengar Tina meninggikan suaranya.

“Tina,saya cuma ambil berat tentang awak,”Amira masih mengawal nada suaranya.

“Kubur lain-lain.Tak payah nak sibuk-sibuk ambil berat tentang aku.Pandai lah aku jaga diri sendiri,”jawab Tina

“Sebab kubur lain-lain lah saya ambil berat tentang awak.Dekat kubur nanti saya dah tak boleh nak ambil berat tentang awak dan tolong awak,”Amira cuba memujuk Tina.

“Ah!ade aku kisah?Lepas ni tak payah nak sibuk-sibuk pasal aku dah,”Tina terus menutup lampu bilik dan baring di atas katilnya.

Amira tergamam.



-MUSLIM tegar-
p/s -------> tunggu lah next part. ^_^

2 comments:

  1. khatibatunnisa11/09/2012 9:59 am

    seriyesly..minat!

    Insya Allah..blh dperkembangkan lagi bakat penulisan y ada..
    paling tidak,rasa bersemangat balik rasa bila kita lemah..
    Alhamdulillah.. Moga Allah bantu.

    ReplyDelete